Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ayuh ke taman permainan ‘kek hari jadi’, sertai sesi bercerita!

Ingin luangkan masa bersama anak-anak tetapi tidak tahu kegiatan yang boleh dilakukan? Berikut antara idea dan kegiatan menarik yang boleh dinikmati seisi keluarga
Jul 10, 2023 | 05:30 AM



Berseronok di taman permainan ‘kek hari jadi’

Majalah untuk kanak-kanak prasekolah, ‘Thumbs Up Little Junior’, meraikan ulang tahunnya yang ke-10 tahun ini dengan taman permainan ‘kek’ untuk kanak-kanak.

Taman permainan kadbod itu adalah sebahagian daripada pameran bergerak ulang tahunnya, yang bermula di Perpustakaan Awam Ang Mo Kio pada Jun.

Pameran itu diadakan kini di Perpustakaan Daerah Jurong sehingga 30 Julai, dan kemudian di Perpustakaan Daerah Punggol dari 5 hingga 25 Ogos.

Majalah berbahasa Cina terbitan ZBSchools di bawah akhbar berbahasa Cina ‘Lianhe Zaobao’, disyorkan untuk kanak-kanak berusia lima dan enam tahun.

Dibiayai Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB), ia diagihkan secara percuma kepada lebih 30,000 kanak-kanak prasekolah dan juga boleh dilanggani.

Di pameran bergerak itu, kanak-kanak juga boleh berinteraksi dengan enam maskot diperbuat daripada kadbod.

Beberapa watak maskot itu mempunyai alat skrin boleh sentuh yang memaparkan kandungan pendidikan daripada aplikasi telefon bimbit Thumbs Up Little Junior.

Maklumat lanjut di laman event.sph.com.sg/TULJ-10.

Sertai sesi bercerita di Gateway Theatre

Anda dan anak-anak boleh ketawa bersama dalam sesi drama diterajui pencerita dari industri seni persembahan Singapura.

Dianjurkan Kelab Kanak-Kanak Gateway, program percuma itu sesuai untuk keluarga dengan anak-anak berusia tiga hingga tujuh tahun.

Mereka boleh menyaksikan persembahan cerita baru dalam bahasa Inggeris setiap Sabtu pada 10 pagi.

Setiap sesi cerita adalah sekitar 20 minit dan diadakan di pusat seni Teater Gateway di Bukit Merah.

Setelah itu, anggota keluarga boleh menikmati kegiatan permainan percuma di sky garden untuk mengasah kreativiti anak-anak.


Ibu bapa boleh membeli alat kraf pada harga $4.

Tempat terhad dan keluarga yang berminat digalak membuat tempahan secara percuma di Sistic.

Lungsuri laman www.sistic.com.sg/events/gkc2023 untuk tempahan.

Baca buku bergambar ‘My Mum and Dad are Separated’

Bagaimanakah pasangan yang sudah bercerai menjelaskan kepada anak-anak bahawa mahligai yang mereka bina bersama sudah hancur, tetapi kasih sayang mereka pada anak-anak tetap kukuh?

Topik ini diterokai penulis dan pelukis setempat, Cik Low Lai Chow, dalam buku bergambar bertajuk, ‘My Mum and Dad are Separated’. Buku itu diterbitkan di bawah syarikat Cik Low, Droll Books.

Beliau dan suami berpisah selepas hari lahir satu-satunya anak mereka.

Sejak itu, beliau telah menggalas tanggungjawab menjaga anak perempuan mereka yang berusia enam tahun itu bersama.

Bagi pembaca muda daripada keluarga yang sudah bercerai, buku itu membawa mesej bahawa meskipun mereka perlu menghadapi perubahan dalam kehidupan, kasih sayang ibu bapa tetap utuh.

Versi kulit lembut buku itu dijual pada harga $22.90 di laman drollbooks.bigcartel.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >