Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahang Pilihan Raya Presiden mula terasa

Dalam landskap dunia kian mencabar, menurut Tharman, Singapura perlukan presiden berpengalaman, tokoh penyatu. Kok Song dan Kin Lian tekankan pentingnya rakyat pilih presiden bebas kaitan parti memerintah
Aug 19, 2023 | 08:20 PM



Bahang pilihan raya presiden semakin terasa sehari selepas tiga bakal calon presiden menerima Sijil Kelayakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC), mengadakan lawatan dan sesi pertemuan dengan warga di serata Singapura.

Sambil berkongsi wawasan dan gagasan untuk negara, para calon telah meluangkan masa mengenali masyarakat penduduk dengan lebih dekat.

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian memulakan paginya dengan melawat pusat penjaja Kampung Admiralty dan menekankan kedudukannya yang setanding dengan pesaing lain untuk memegang jawatan tertinggi Singapura.

Turut meluangkan masa bertemu warga ialah usahawan dan mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song yang berkunjung ke pasar dan pusat penjaja Kovan 209, untuk mempertahankan kedudukannya sebagai bakal calon, yang benar-benar bebas dari parti berkuasa dan mampu melindungi rizab negara.

Sementara itu, mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam bersama isterinya bertemu seramai 300 belia dalam satu sesi dialog untuk membincangkan tentang isu-isu keprihatinan belia di samping cara mencapai perpaduan antara rakyat dalam era baru yang mencabar.

Ketiga-tiga bakal calon itu adalah antara enam pemohon sijil kelayakan dan berjaya memperolehnya daripada Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden pada Jumaat.

Antara yang diperkatakan oleh dua calon – Encik Ng dan Encik Tan – kepada media menyusuli lawatan mereka semalam ialah pandangan bahawa Encik Tharman dilihat sebagai pesaing utama memandangkan beliau adalah “calon disokong pemerintah”.

Bercakap dengan media Encik Tan, 75 tahun menggesa warga Singapura agar tidak memilih presiden yang berpihak kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) kerana kaitannya dengan pemerintah membuat beliau tidak “berupaya mengubah keadaan semasa.”







Encik Tan melahirkan harapan agar peranannya sebagai Presiden nanti dapat menjadi platform bagi rakyat memberi maklum balas kepada pemerintah.

“Kalau tidak, bagaimana saya dapat tahu aspirasi rakyat kita,” kata bakal calon itu kepada media.

Di Kovan, calon sebaya, Encik Ng, turut menyuarakan pendapat serupa bahawa jawatan presiden tidak sepatutnya dipikul oleh seorang mantan PAP.

Beliau menyeru orang ramai supaya menyoal latar belakang kedua-dua Encik Tan dan Encik Tharman kerana kededuanya mempunyai latar belakang berkait dengan PAP dalam kerjaya masing-masing terdahulu.







Ini kerana usaha melindungi rizab bukan urusan mudah, katanya yang berpengalaman 45 tahun dalam Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan GIC dan ingin menjadi “juruaudit” bebas untuk berbuat demikian.

“Sekiranya terdapat satu hari nanti sebuah pemerintah berhasrat buruk ingin menggunakan rizab kami, saya akan tahu bagaimana untuk menolak permintaan mereka,” tekan beliau.

Dalam pertemuannya dengan golongan belia, Encik Tharman disoal seorang belia tentang bagaimana beliau perlu menyesuaikan diri jika bergelar presiden di sebalik sekitaran ekonomi dan geopolitik tidak menentu, yang berupaya menjejas Singapura.

Jawab Encik Tharman, beliau akur masyarakat Singapura kian berubah dan kini terdapat lebih banyak perbezaan dan kepelbagaian dari segi pandangan politik







“Jawatan Presiden itu adalah pekerjaan serius dan bahaya dan kepresidenan kekal terasing dari pemerintah sebagai satu institusi penting,” kata Encik Tharman, merujuk kepada pergolakan kuasa antara China dengan Amerika Syarikat yang berupaya menjejas status quo sedunia.

Lantaran itu beliau berkata ia penting bagi individu yang menyandang jawatan itu mempunyai latar belakang lengkap supaya dapat mengharumkan nama Singapura di peringkat antarabangsa.

Menurut Encik Tharman lagi, seorang presiden perlu mewakili suara rakyat berlandaskan sebab dan memperkukuhkan kerjasama di peringkat sedunia.

Dari sudut dalam negara pula, Encik Tharman berkata matlamat utama baginya adalah untuk menyatupadukan rakyat dan mengecilkan jurang perbezaan antara satu sama lain – iaitu satu matlamat yang dipupuknya sejak dari dulu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >