Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bank darah baru dibuka di Punggol

Kemudahan dekat orang ramai bagi tarik lebih ramai penderma, terutama belia
Aug 17, 2023 | 02:24 PM



Usaha mempertingkat bekalan darah di Singapura dan menggalakkan lebih ramai orang menderma menyaksikan sebuah pusat derma darah baru dibuka di hab bersepadu One Punggol.

Langkah itu selaras dengan strategi Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menempatkan bank darah dekat tempat orang ramai tinggal, bekerja, belajar dan bermain supaya ia dapat menarik lebih ramai penderma, terutama belia, demi memenuhi permintaan lebih tinggi.

Sepanjang lima tahun lalu, permintaan bagi darah meningkat sekitar 4 peratus daripada 110,823 unit pada 2018 kepada 115,794 unit pada 2022, menurut HSA.

“Meskipun kami menjalankan usaha konsisten untuk memenuhi permintaan darah, bekalan darah kita pernah menjunam ke paras rendah dan kritikal disebabkan jumlah derma rendah semasa hujung minggu panjang atau semasa cuti sekolah, namun penggunaan darah meningkat tinggi,” kata ketua eksekutif HSA, Dr Mimi Choong May Ling, pada Khamis.

Bloodbank@One Punggol boleh mengumpulkan lebih 100 unit darah sehari.

Pada 2022, sekitar 21 peratus penderma darah di Singapura terdiri daripada warga Singapura yang tinggal di kawasan timur laut Singapura.

Kawasan itu, merangkumi Punggol dan kawasan berdekatan seperti Sengkang, mempunyai lebih 900,000 penduduk dengan sebahagian besarnya golongan lebih muda, kata Dr Choong semasa berucap di pelancaran pusat itu.

“Kami berharap dapat menarik lebih ramai penderma lebih muda untuk memastikan Program Darah Nasional kekal mampan bagi jangka masa lebih panjang.”

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, yang merasmikan pusat itu pada Khamis, berkata lebih 160,000 unit darah diperlukan setiap hari menjelang 2030, terutama dengan jumlah warga lebih tua serta keperluan penjagaaan kesihatan meningkat.

Sekarang HSA mengumpul sekitar 120,000 unit darah setiap tahun.

Baru-baru ini, Encik Ong membuat rayuan agar mereka yang mempunyai darah jenis O+ dan O- tampil menderma, sedang penggunaan darah meningkat apabila hospital kembali menjalankan lebih banyak pembedahan dan rawatan tertangguh semasa pandemik Covid-19.

Beliau juga melancarkan anugerah bagi menggalakkan lebih ramai warga muda menderma darah secara kerap.

Menurut HSA, jumlah penderma belia berkurangan sepanjang lima tahun lalu. Pada 2022, belia berusia 16 hingga 25 tahun membentuk sekitar 17 peratus penderma darah.

Penderma darah belia diperlukan memandangkan penderma lebih berusia semakin berkurangan tahun demi tahun disebabkan penyakit atau usia lanjut.

Antara kriteria kelayakan bagi penderma darah ialah berusia antara 16 hingga 60 tahun, namun penderma berusia 16 dan 17 tahun perlu mempunyai berat badan sekitar 45 kilogram dan membawa borang kebenaran yang ditandatangani ibu bapa.

Bloodbank@One Punggol ialah bank darah kelima di Singapura. Ia beroperasi dari tengah hari hingga 8 malam pada hari biasa kecuali Selasa, dan dari 10 pagi hingga 5 petang pada hujung minggu.

Empat lagi bank darah terletak di bangunan HSA di Outram, Dhoby Xchange, Westgate Tower di Jurong, dan Woodlands Civic Centre.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >