Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura longgar sekatan derma darah untuk kembangkan kumpulan penderma

Jun 17, 2023 | 06:14 PM



Penderma darah yang berpotensi yang telah berdekad-dekad tidak dapat memberikan darah boleh berbuat demikian tidak lama lagi, kerana pihak berkuasa akan menarik balik sekatan yang telah lama wujud bertujuan mengekang penularan penyakit Creutzfeldt-Jakob (vCJD), sejenis penyakit lembu gila.

Pada Sabtu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung juga merayu kepada mereka yang mempunyai jenis darah O+ dan O- supaya menderma darah dan meningkatkan stok darah negara.

Beliau juga telah melancarkan anugerah baru untuk menggalakkan lebih ramai belia menjadi penderma tetap.

Memandangkan vCJD boleh wujud dalam seseorang selama beberapa dekad dan tiada ujian saringan yang boleh dipercayai untuk mengesannya, banyak negara telah mengambil pendekatan tegar dengan tidak membenarkan pendermaan darah daripada orang yang telah tinggal untuk tempoh tertentu di negara seperti United Kingdom, Ireland dan Perancis, kata Encik Ong.

Namun, penemuan saintifik baru yang mengurangkan risiko sebaran vCJD daripada pemindahan darah telah mendorong negara seperti Amerika Syarikat dan Australia supaya menarik balik sekatan risiko geografi tersebut, lapor The Straits Times.


Ini kerana sel darah putih, yang berpotensi menularkan penyakit itu, boleh diasingkan daripada darah yang didermakan tanpa menjejaskan kualitinya dengan ketara, kata Encik Ong, di satu acara yang diadakan sempena Hari Penderma Darah Sedunia.

“Memandangkan perkembangan terkini dan bukti antarabangsa, kami akan melonggarkan sekatan kami pada akhir tahun ini,” kata Encik Ong.

Beliau menambah: “Ini akan menyumbang kepada bekalan darah yang lebih stabil di Singapura.”

Namun begitu, orang sedemikian hanya akan dibenarkan melakukan pendermaan ‘apheresis’ buat masa ini, kerana kaedah ini menggunakan mesin yang membolehkan pengumpulan terus darah dengan sel putih diasingkan.

Mereka yang berminat menderma darah dengan cara ini boleh berbuat demikian di Bloodbank HSA di Outram sebaik sahaja sekatan ditarik balik.

Memahami bahawa penggunaan darah telah meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana hospital mempunyai banyak pembedahan dan rawatan yang ditangguhkan semasa wabak itu, Encik Ong merayu kepada kumpulan darah O supaya tampil.

Sehingga Jumaat, bekalan untuk darah jenis O+, O- dan AB- berada di paras rendah menurut laman web Palang Merah Singapura.

Darah jenis O adalah penting kerana O- ialah jenis darah universal, manakala lebih 80 peratus daripada populasi boleh menerima darah O+. Lebih 34,000 pesakit mendapat manfaat daripada derma darah pada 2022.

Pendermaan darah biasanya terganggu semasa cuti sekolah Jun kerana mereka yang pulang dari negara tertentu tidak dibenarkan menderma darah selama beberapa minggu, katanya.

“Jadi rayuan saya kepada penderma dan bakal penderma adalah untuk membiasakan menderma darah sebelum anda melakukan perjalanan, sama ada sekarang, semasa cuti umum Hari Kebangsaan atau menjelang akhir tahun,” katanya.

“Ini akan membantu meningkatkan stok darah kita ke tahap yang sihat dan mampan.”

Anugerah baru untuk penderma darah muda akan memberi penghormatan kepada mereka yang berumur antara 16 dan 25 tahun yang mencapai 20 derma menjelang usia 25 tahun. Ini purata dua sesi derma darah setahun dalam tempoh sedekad.

Pada Sabtu, 39 penderma muda menerima anugerah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >