Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bank S’pura dijangka catat pertumbuhan lebih perlahan pada suku ketiga

Oct 24, 2023 | 06:43 PM



Tiga bank tempatan besar kemungkinan mencatat pertumbuhan lebih perlahan bagi suku ketiga yang berakhir pada September 2023, dengan pendapatan dijangka terjejas oleh pinjaman lemah dan pengembangan minimum dalam margin faedah bersih (NIM), kata penganalisis.

Bank-bank Singapura dijangka melaporkan keputusan suku ketiga mereka dalam beberapa minggu akan datang.

Ia dijangka bermula dengan UOB pada 26 Oktober ini, diikuti DBS pada 6 November dan OCBC pada 10 November, lapor The Business Times.


Walaupun penganalisis masih melihat sedikit ruang untuk NIM berkembang, angkanya pada umumnya dijangka mendatar.

Ketua penyelidikan bagi Singapura di Kumpulan Perbankan Pelaburan Maybank, Encik Thilan Wickramasinghe, berkata kenaikan kadar faedah pada Julai oleh Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat boleh menambah hasil aset bagi pemberi pinjaman tempatan.

Dengan kecairan dalam sektor bank, beliau turut menjangka persaingan deposit pada suku kedua dan nisbah akaun semasa dan akaun simpanan (Casa) yang stabil akan berterusan ke suku ketiga.

Bagaimanapun kos pembiayaan yang masih tinggi berkemungkinan memperlahan pertumbuhan hasil aset dan mengekalkan NIM yang mendatar di seluruh sektor itu untuk suku ketiga, kata penganalisis CGS-CIMB Cik Andrea Choong dan Cik Lim Siew Khee.

Mereka menjangkakan NIM bagi DBS meningkat sedikit kerana Kadar Tawaran Antara Bank Hong Kong yang lebih tinggi telah mengimbangi kesan aliran keluar Casa yang berterusan pada Julai dan Ogos.

Bagaimanapun, penganalisis CGS-CIMB menjangkakan NIM pada umumnya akan kekal stabil bagi OCBC dan UOB.

Hasil aset yang stabil di OCBC diimbangi oleh pembiayaan besar, manakala pertumbuhan hasil pinjaman untuk UOB mungkin telah disekat oleh persaingan sengit bagi pendedahan korporat berkualiti tinggi.

Sementara itu, pemerhati pasaran menjangkakan permintaan pinjaman terus lemah dan pertumbuhan pinjaman kekal lemah pada suku ketiga.

Encik Wickramasinghe menambah, permintaan lemah bagi hutang berkaitan perdagangan merupakan pendorong utama bagi pinjaman lebih lemah pada suku kedua.

Penganalisis Penyelidikan Kumpulan DBS, Cik Lim Rui Wen, menyatakan persaingan yang semakin sengit boleh menghakis hasil pinjaman yang melepasi tempoh suku ketiga, terutamanya bagi gadai janji dan pinjaman korporat berkualiti tinggi.

Bagaimanapun, pendapatan yuran keseluruhan, dijangka kekal mantap, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >