Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan disedia untuk jemaah haji berkerusi roda, warga emas: Masagos

Sep 18, 2023 | 08:14 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan bekerjasama dengan Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) dan ejen penjualan pakej haji (GSA) yang dilantik untuk menangani keperluan perubatan jemaah dan juga jemaah yang memerlukan sokongan untuk bergerak bagi musim haji 2024.

Ini dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen yang diajukan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) tentang jemaah haji yang memerlukan bantuan kerusi roda atau sokongan perubatan.

Encik Masagos berkata terdapat sekitar 180 jemaah Singapura yang memerlukan bantuan kerusi roda untuk menunaikan ibadah haji pada 2023.

Dalam jawapan bertulisnya kepada satu lagi soalan berkenaan bantuan untuk jemaah haji warga emas, Encik Masagos berkata Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO) telah melantik 19 kakitangan perubatan bagi mengendalikan kemudahan perubatan di lokasi dan bersiap sedia menjaga jemaah semasa musim haji 2023 di Arab Saudi.

Pejabat di bawah Muis itu menyediakan perkhidmatan dan kemudahan perubatan kepada jemaah Singapura di Madinah, Makkah dan Shisha.

Sekitar 60 peratus jemaah Singapura yang menunaikan haji pada 2023 berusia 60 tahun dan ke atas, kata Encik Masagos.

“SPAO juga bekerja rapat dengan ejen pelancongan haji untuk membantu jemaah, terutama warga emas, membuat janji temu klinik perubatan melalui aplikasi PilgrimSG bagi mengurangkan masa menunggu.

“Bagi khidmat perubatan kecemasan, SPAO bekerjasama dengan penyedia khidmat perubatan Arab Saudi bagi penyediaan bekalan perubatan dan khidmat ambulans untuk pengangkutan segera jemaah ke hospital,” kata beliau.

Encik Masagos berkata mereka yang bakal menunaikan haji dinasihatkan supaya membuat persiapan awal, seperti menyertai program kesihatan.

Satu contoh ialah program ‘Get Fit for Haj’, yang dikendalikan bersama Muis, Amtas, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA).

Program itu, yang telah disertai 500 jemaah, menampilkan siri kegiatan yang diatur khusus untuk membantu jemaah mempertingkat tahap kecergasan mereka dan belajar tentang gaya hidup sihat demi mempersiap mereka bagi haji.

Menjawab pertanyaan tentang kos pakej haji demi memastikan ia boleh dimampui jemaah warga emas, Encik Masagos berkata harga pakej haji bergantung pada beberapa faktor, termasuk pelbagai khidmat yang disediakan oleh penyedia khidmat haji Arab Saudi.

Beliau menambah bahawa Muis akan terus memantau kos pakej haji dan mendekati penyedia khidmat haji Arab Saudi serta Amtas mengenai langkah yang boleh dilaksanakan untuk menguruskan kos haji.

Bagi musim haji 2023, sebanyak 30 pakej telah ditawarkan ejen penjualan dengan harga antara $8,400 dengan $22,600, bergantung pada jumlah hari dan jenis penginapan.

Encik Masagos berkata ejen penjualan pakej haji juga bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan kebajikan jemaah Singapura, termasuk warga emas.

“Muis akan bekerjasama dengan ejen pelancongan haji yang dilantik, Amtas dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi demi memastikan terdapat tenaga kerja dan sumber yang mencukupi untuk menyokong jemaah warga emas,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >