Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banyak peluang bagi warga, syarikat S’pura dalam Visi 2030 Saudi

Oct 22, 2023 | 05:31 AM



Arab Saudi merupakan antara pengeluar minyak terbesar dunia.

Namun sedang krisis iklim mendorong negara di seluruh dunia mendakap pembangunan mampan, negara kaya minyak itu mempunyai rancangan untuk mengurangkan kebergantungannya pada minyak, iaitu dalam bentuk strategi Visi 2030 mereka.







Visi 2030 yang diumumkan pada 2016 merupakan pelan transformasi utama Saudi di bawah pimpinan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud.

Ia antara lain meliputi sektor utama termasuk perdagangan, pendidikan, kemampanan, khidmat kewangan dan tenaga yang boleh diperbaharui.

PELUANG BAGI SINGAPURA


Pelan negara Teluk itu juga menyediakan banyak peluang yang boleh direbut warga dan syarikat Singapura.







Malah, beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai di sisi lawatan rasmi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, ke Saudi dari Selasa hingga Jumaat lalu (17 hingga 20 Oktober) membuka laluan bagi kerjasama lebih erat antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan kepimpinan dan modal insan; pendidikan teknikal, vokasional dan latihan (TVET); teknologi kewangan; tenaga dan logistik.

Di sisi lawatan Encik Lee itu, satu delegasi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) juga telah bertemu dan mengadakan perbincangan dengan pihak yang relevan di Saudi.

Ketika ditemui media di akhir lawatan rasminya ke Saudi pada Jumaat, Encik Lee berkata beliau berharap Singapura dapat membangunkan jumlah perdagangan – yang disifatkannya sebagai agak baik – serta jumlah pelaburan, yang masih agak sederhana kini, mungkin kerana orang ramai masih belum pasti bagaimana untuk beroperasi dalam sekitaran Saudi hingga sekarang.

Saudi merupakan rakan dagang kedua terbesar Singapura di Timur Tengah, dengan dagangan dua hala antara Singapura dengan Saudi mencapai $14 bilion pada 2022.

“Mereka tidak pasti, tidak tahu di mana pintu (peluang) dan bagaimana sistemnya beroperasi.

“Namun dengan negara itu kian lebih terbuka kini dan lebih banyak projek sedang dibangunkan, saya harap ada peluang buat kita,” kata Encik Lee.

KERJASAMA TENAGA HIJAU


Antara bidang kerjasama yang boleh dipertingkat antara Singapura dengan Saudi termasuk dalam bidang tenaga hijau.

Malah, Sidang Puncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pertama yang berlangsung di Riyadh pada Jumaat memberi hala tuju meluas bagi kedua-dua blok serantau itu untuk meneroka bidang kerjasama baru termasuk dalam pembangunan mampan serta jaminan makanan dan tenaga.

Singapura kini juga mempunyai perjanjian untuk bekerjasama dengan Saudi dalam bidang tenaga hijau.







Zamil penyelidikan di Institut Timur Tengah (MEI) Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Aisha Al-Sarihi, menarik perhatian bahawa Asean dan GCC boleh saling melengkapi dalam pelbagai cara untuk sama-sama mencapai matlamat pengeluaran sifar bersih menjelang atau sekitar pertengahan abad ini.

Ini termasuk dalam bidang teknologi pemerolehan dan penyimpanan karbon (CCS), pasaran karbon, hidrogen, kewangan serta pertukaran pengetahuan.

Dalam bidang hidrogen misalnya, beliau berkata jumlah penduduk Asia Tenggara yang semakin bertambah serta usaha pembandaran yang kian meluas, kegiatan perindustrian yang meningkat dan pendapatan yang lebih tinggi memberi bayangan permintaan bagi tenaga akan terus meningkat.

Dengan komitmen Asean untuk mencapai matlamat pengeluaran sifar bersih, permintaan bagi tenaga pada masa akan datang itu perlu dipenuhi sumber tenaga rendah karbon seperti hidrogen.

“Kedua-dua negara GCC dan Asean mempunyai tumpuan pada hidrogen dalam rancangan penyahkarbonan mereka.

“Maka sebagai penyedia tenaga konvensional kepada Asean, negara Teluk juga boleh menjadi penyedia utama bagi keperluan hidrogen Asean, sementara meneroka peluang bagi kedua-dua rantau membangunkan pasaran hidrogen bersama untuk memenuhi keperluan pasaran hidrogen sedunia,” ujar Dr Aisha.

KERJASAMA ASEAN-GCC


Semasa berucap di Sidang Puncak Asean-GCC, Encik Lee mengalu-alukan kerjasama lebih rapat antara Asean dengan GCC.

Ketika ditanya Berita Harian bagaimana hasil sidang puncak tersebut boleh memberi manfaat kepada dua blok serantau itu di tengah-tengah persaingan antara kuasa besar dunia kini, beliau menarik perhatian bahawa adalah baik untuk terus bekerjasama dengan negara lain yang sehaluan dalam keadaan sedemikian.







“Kami belum pernah bertemu sebagai Asean dan GCC secara rasmi sebagai sebuah dialog. Ini kali pertama, jadi kami mahu membentangkan beberapa agenda. Namun, setiap negara mempunyai hubungannya antara Timur Tengah dan Asia Tenggara.

“Sebagai contoh, Singapura mempunyai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) GCC-Singapura dan kami mempunyai banyak perdagangan dengan negara GCC - Saudi tentunya, dan juga Qatar, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.

“Dengan cara ini, kami boleh menjalankan lebih banyak usaha… dari rantau ke rantau,” ujarnya.

Di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit antara kuasa besar dunia seperti Amerika dan China, dasar pandang ke luar untuk mempelbagai kerjasama tentunya bermanfaat bagi kedua-dua Asean dan GCC.

Malah menurut penganalisis, kerjasama begitu juga berupaya memperkukuh semangat serantau yang boleh mendorong negara untuk bekerjasama lebih erat dan lebih saling bergantung, lantas mengurangkan persaingan geopolitik serantau.

Bahkan, sifat serantau yang lebih kukuh juga boleh menjadi benteng daripada persaingan antara kuasa besar dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >