Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa dihukum penjara 14 tahun; bunuh anak kembar autistik

Aug 15, 2023 | 03:05 PM



Seorang lelaki yang dituduh membunuh anak kembarnya pada 2022 dijatuhi hukuman 14 tahun penjara selepas mengaku mencekik dan menenggelamkan muka mereka di parit untuk memastikan mereka benar-benar mati.

Xavier Yap Jung Houn, 49 tahun, percaya dengan membunuh anak kembar lelakinya, 11 tahun, yang didiagnos mengalami autisme, ia akan menghilangkan beban isterinya, lapor The Straits Times.


Dia juga khuatir tiada sesiapa dapat menjaga anak-anaknya – Aston Yap Kai Shern dan Ethan Yap E Chern – selepas dia dan isterinya meninggal dunia nanti dan bimbang mereka akan dibuli.

Selepas membunuh mereka, dia cuba membunuh diri dengan menikam bahagian perut, dada dan belakang badannya dengan pencungkil ais. Dia juga menghantuk kepalanya ke dahan pokok dan batu.

Xavier Yap dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap satu daripada dua pertuduhan homisid bukan pembunuhan.

Dia melaksanakan rancangan membunuh dua anaknya itu pada 21 Januari 2022, dengan memandu mereka ke sebuah taman permainan di Greenridge Crescent, berdekatan kondominiumnya di Toh Tuck Road.

Anak kembarnya bermain di sana sekitar 10 minit sebelum dia membawa mereka satu-persatu ke sebuah parit berdekatan.

Dia kemudian mengambil sebatang kayu dan menekankan kayu itu pada leher Ethan. Apabila kayu itu patah, dia mencekik Ethan dengan menekan lengan ke leher Ethan. Setelah Ethan tidak lagi bergerak, dia meletakkan Ethan ke tanah dengan mukanya ditenggelamkan dalam parit.

Xavier Yap kemudian beralih kepada Aston yang berdiri senyap beberapa meter semasa Ethan dicekik.

Dia cuba mencekik Aston dengan menekan lengannya di leher Aston tetapi Xavier Yap tidak kuat dan kededua terjatuh.

Semasa Aston terbaring, Xavier Yap mencekiknya dengan terus menekan pada leher sehingga Aston tidak bergerak.

Dia kemudian menenggelamkan muka Aston ke dalam parit.

Pada Selasa, Xavier Yap merenung tanpa ekspresi apabila fakta kes itu dibacakan di mahkamah.

Mahkamah diberitahu bahawa dengan keadaan austisme itu, anak mereka disaran supaya dimasukkan ke sekolah khas, tetapi ibu anak kembar itu tidak dapat menerima keadaan anak mereka. Sebaliknya, anak kembar itu dimasukkan ke darjah satu di sekolah biasa pada usia sembilan tahun walaupun mereka belum boleh bercakap.

Xavier Yap mempunyai hubungan baik dengan anak kembarnya, tidak berkeras dan terlibat dalam mendidik anaknya.


Pada 2019 dan 2020, dia mula bimbang tentang masa depan anaknya dan sedih kerana isterinya tidak dapat menerima keadaan anak mereka.


Pihak pendakwa berkata ibu anak kembar itu sering memarahi mereka.


Xavier Yap berasa bimbang dan mula terfikir membunuh diri dengan membeli pencungkil ais pada Disember 2021.


Pada awal 2022, dia semakin terfikir melakukannya selepas mendapati isterinya semakin kecewa dan tertekan. Dia berasa isterinya sudah tidak berdaya dan percaya membunuh anak mereka akan menghilangkan beban isterinya.

Peguam bela memberitahu mahkamah bahawa Xavier Yap semakin tertekan selepas mendapati isterinya bermain kayu tiga.

Dalam menjatuhkan hukuman, hakim berkata walaupun ia merupakan kes tragis, Xavier Yap telah mengkhianati kepercayaan mendalam seorang anak terhadap ibu bapanya. Daripada menjaga mereka, dia membunuh mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >