Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa pelanggan alami kegenjotan urus niaga DBS Paynow pada Selasa

Sep 26, 2023 | 10:04 PM



Beberapa pelanggan bank DBS telah mengalami beberapa kegenjotan termasuk kelewatan urus niaga, semasa menggunakan perkhidmatan PayNow bank itu pada Selasa tengah hari.

Menurut Downdetector, sebuah platform dalam talian yang menjejaki gangguan dan isu-isu dalam pelbagai pembekal perkhidmatan, terdapat kira-kira 163 aduan pada 3.53 petang pada Selasa.

Seorang pelanggan memberitahu The Straits Times (ST) bahawa wang dalam akaunnya telah dipotong sebanyak dua kali selepas beliau cuba untuk membuat pemindahan wang.

Encik Sim, yang enggan mendedahkan nama penuh, berkata: “Saya telah memindahkan wang sejumlah sekitar $1,700 kepada rakan saya kira-kira 4 petang, tetapi potongan daripada akaun saya berlaku dua kali, dan mereka menerima jumlah dua kali ganda.”

Beberapa netizen berkata di laman Facebook DBS bahawa mereka menerima mesej ‘pending’ atau ‘belum selesai’ selepas membuat urus niaga, dengan seorang menyatakan bahawa jumlah yang dipindahkan telah ditolak daripada akaun mereka tetapi tidak diterima oleh bank penerima.


Dalam satu catatan Facebook pada 6.02 petang, pihak DBS berkata bahawa mereka sedar beberapa pelanggan telah mengalami kegenjotan semasa berurus niaga menerusi PayNow dan Fast dan isu itu sudah diperbetulkan pada 4.30 petang.

DBS menambah: “Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa urus niaga tertangguh mereka akan diproses pada hari ini. Kami minta maaf atas kesulitan yang berlaku.”

Pemeriksaan oleh ST menunjukkan beberapa pelanggan masih mengalami urus niaga yang tertunda, pada kira-kira 5.50 petang.

Bank telah mengalami gangguan perkhidmatan selama 6.5 jam pada 5 Mei, disebabkan oleh kesalahan manusia, dan gangguan 12 jam pada bulan Mac, yang disebabkan oleh pepijat perisian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >