Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerugian $17.1j dielak hasil kerjasama polis, bank

Sep 20, 2023 | 05:03 PM



Polis dan bank menyekat lebih daripada 800 kes penipuan atau scam dan membantu mengelakkan kerugian lebih $17.1 juta dalam operasi selama sebulan.


Pusat Antipenipuan polis bekerjasama dengan enam bank – DBS,UOB, OCBC, HSBC, GXS dan Standard Chartered – untuk mengenal pasti mangsa penipuan, termasuk penipuan pekerjaan dan pelaburan, dengan menggunakan proses automasi robotik. Mangsa kemudian dimaklumkan melalui SMS untuk mengelakkan kerugian.

Proses Automasi robotik membolehkan polis mengautomasikan perkongsian dan pemprosesan maklumat, serta pengedaran besar-besar makluman SMS, kata pihak polis dalam satu kenyataan pada Rabu.

Antara 15 Ogos dan 15 September, polis dan bank telah menghantar lebih 5,000 SMS kepada lebih 4,000 pelanggan bank yang terjebak dengan penipuan.

Mereka menyekat lebih 800 penipuan dan mengelakkan kerugian lebih $17.1 juta.

Lebih 600 nombor PayNow turut disenaraihitamkan, dan menyekat kerugian $70,000, menurut laporan The Straits Times (ST).


Polis boleh berkongsi maklumat tentang nombor PayNow yang terjejas dengan bank yang bekerjasama, agar bank boleh bertindak pantas, kata pihak polis.

“Inisiatif kerjasama ini adalah tindak balas langsung dan proaktif bagi menangani bertambahnya penyalahgunaan PayNow yang membimbangkan,” tambah polis.

Kerjasama dengan bank telah meningkatkan jangkauan mereka untuk memaklumkan kepada lebih ramai mangsa dengan pantas bagi mengelakkan kerugian selanjutnya, kata polis.

Ramai mangsa menyedari bahawa mereka telah tertipu selepas menerima makluman SMS daripada polis yang menasihatkan mereka supaya berhenti memindahkan wang dengan serta-merta.

Polis menggesa orang ramai supaya memasang ciri keselamatan seperti aplikasi telefon ScamShield dan pengesahan dua faktor untuk akaun peribadi seperti bank, media sosial dan akaun Singpass.

Pemegang akaun bank harus menetapkan had transaksi untuk Perbankan Internet, termasuk PayNow, yang boleh mengehadkan jumlah wang yang boleh dicuri oleh penipu.

Untuk memeriksa potensi tanda penipuan, orang ramai harus tanya soalan, segera semak fakta permintaan maklumat peribadi dan pemindahan wang, dan mengesahkan kesahihan barangan yang dijual atas talian.

Jika tawarannya terlalu menarik, ia mungkin satu penipuan, kata pihak polis.

Kes penipuan harus dilaporkan kepada bank yang terlibat, ScamShield atau polis.

Orang lain sepatutnya diberi amaran tentang penipuan yang berterusan dan diberitahu bagaimana untuk mengelak daripada terpedaya.


Untuk maklumat lanjut tentang penipuan, kunjungi laman www.scamalert.sg atau hubungi talian anti-penipuan di 1800-722-6688.


Mereka yang mempunyai maklumat lanjut tentang penipuan boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau layari laman www.police.gov.sg/iwitness.


Menurut statistik penipuan pertengahan tahun yang dikeluarkan pada 13 September oleh pihak polis, terdapat 22,339 kes penipuan yang dilaporkan dari Januari hingga Jun – meningkat 64.5 peratus daripada 13,576 kes dalam tempoh yang sama pada 2022.

Namun, jumlah wang keseluruhan yang hilang pada separuh pertama tahun ini merosot sedikit kepada $334.5 juta, daripada $342.1 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata polis. Mereka menambah bahawa 55 peratus daripada mangsa kerugian sehingga $2,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >