Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas guru Kinderland yang didakwa dera kanak-kanak mungkin hadapi lebih tuduhan

Sep 13, 2023 | 04:02 PM



Seorang bekas guru prasekolah di sebuah cawangan Kinderland yang dituduh mendera seorang kanak-kanak di bawah jagaannya mungkin menghadapi pertuduhan serupa yang lain, kata seorang pendakwa raya polis pada Rabu.

Lin Min, 33 tahun, yang sebelum ini direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk pemeriksaan perubatan, hadir di mahkamah pada Rabu.

Dia ditawarkan ikat jamin $15,000.

Antara syarat ikat jamin itu ialah dia tidak dibenarkan menghubungi mangsa atau saksi, dan perlu sentiasa dapat dihubungi pegawai penyiasat.

Pendakwa polis berkata siasatan masih berjalan.

Peguam Lin, Encik Pang Khin Wee, berkata beliau belum berpeluang bercakap dengan Lin. Beliau menambah bahawa anggota keluarga Lin bersedia membayar ikat jamin itu.

Pada 30 Jun, sejurus sebelum 4 petang, Lin dikatakan menuang air ke dalam mulut seorang kanak-kanak perempuan berusia 23 bulan di prasekolah itu selepas memaksanya baring.

Warga Singapura itu didakwa pada 30 Ogos dengan satu pertuduhan kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Butiran mengenai mangsa dan lokasi sebenar kejadian tersebut tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Penyedia pendidikan awal kanak-kanak Kinderland mempunyai lebih 10 cawangan di seluruh Singapura, termasuk di Hougang, Siglap dan Woodlands.

Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) sebelum ini berkata Lin sebelum itu telah diberi amaran di bawah Peraturan Pusat Perkembangan Awal Kanak-Kanak dan dilarang bekerja dalam sektor prasekolah.

Pada 4 September, Ecda mengakui terdapat kecuaian dalam pengendalian kes itu, dan berkata ia sedang menyemak sistem dan prosesnya.

Dalam satu kenyataan, Ecda berkata ia memulakan siasatan pada 11 Ogos, sehari selepas pemberi maklumat memberikan bukti video kepada agensi itu.

Ecda menyatakan pegawainya mendapati langkah penyeliaan mencukupi telah dilaksana oleh prasekolah itu bagi mengurangkan risiko keselamatan kanak-kanak semasa penyiasatan sedang dijalankan, namun pegawai itu gagal mengeluarkan segera guru itu daripada tugas bilik darjah, yang merupakan protokol yang ditetapkan bagi kes dengan bukti jelas bahawa keselamatan kanak-kanak terancam.

Ketua eksekutif Ecda, Encik Tan Chee Wee, berkata agensi itu sepatutnya bertindak dengan lebih baik dan memohon maaf kerana tidak segera mengeluarkan pendidik itu semasa siasatan.

Pada 31 Ogos, Ecda mengumumkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) akan diwajibkan di semua prasekolah menjelang Julai 2024.

Lin dijadual kembali ke mahkamah pada 12 Oktober.

Ecda menyatakan ia telah mengeluarkan amaran, mengenakan denda $5,000 ke atas pengendali dan mengurangkan tempoh pelesenannya kepada enam bulan. Pengetua di pusat itu telah diganti.

Seorang lagi guru Kinderland, 48 tahun, juga ditahan kerana memperlakukan kanak-kanak secara kasar dan telah disuruh bercuti semasa menanti hasil siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >