Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengurus kanan HDB, pengarah syarikat binaan hadapi tuduhan rasuah

Sep 28, 2023 | 03:25 PM



Seorang pegawai kanan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan pengarah syarikat pembinaan telah didakwa atas tuduhan rasuah pada Khamis.

Menukil laporan The Straits Times (ST), Tan Siam Chua, 60 tahun, merupakan pengurus kanan estet bersama HDB semasa kesalahan didakwa tersebut berlaku.


Dia didakwa atas satu pertuduhan bersubahat dalam transaksi rasuah dengan ejen.

Pengarah Liong Construction, Liong Ah Chye, 61 tahun, didakwa atas satu pertuduhan transaksi rasuah dengan ejen.

Pada 16 September 2021, Liong didakwa memberi sebut harga palsu daripada syarikatnya, melalui salah seorang pekerjanya, kepada pengurus kanan estet HDB yang dikenal pasti dalam surat pertuduhan sebagai Lau Chee Wee.

Liong dikatakan mengetahui sebut harga palsu ini bertujuan untuk menipu HDB.

Menurut kenyataan media Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), Tan didakwa telah menghasut Liong untuk berbuat demikian.

Pada Khamis, Tan memberitahu mahkamah dia berhasrat untuk mempertikaikan pertuduhan itu.

Tan, yang belum mendapatkan khidmat peguam, berkata: “Perkara-perkara sedemikian yang saya lakukan (adalah) mengikut amalan HDB.”

Hakim menghentikannya daripada menjelaskan lebih lanjut, dan membuat aturan baginya menghadiri persidangan praperbicaraan pada 26 Oktober 2023.

Liong melalui peguamnya, Encik Tang Shangwei daripada WongPartnership, berkata, dia berhasrat mempertikai pertuduhan itu.

Encik Tang berkata, Liong harus ke China untuk menemui pembekal.

Hakim memberitahu peguam bela Liong agar mengemukakan permohonan untuk anak guamnya meninggalkan Singapura.

Kes Liong juga ditetapkan untuk persidangan praperbicaraan pada 26 Oktober 2023.

Jika didapati bersalah, mereka masing-masing boleh didenda sehingga $100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

CPIB berkata, ia meneliti semua aduan dan laporan berkaitan rasuah, termasuk maklumat tanpa nama.

Orang awam boleh membuat aduan secara dalam talian di laman CPIB, menghantar e-mel ke report@cpib.gov.sg, atau menghubungi 1800-376-0000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >