Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pemandu bas didapati bersalah langgar pejalan kaki

Sep 25, 2023 | 08:58 PM



Seorang pemandu SBS Transit yang memandu bas pada 2019 telah melanggar seorang pejalan kaki wanita di lampu isyarat yang berpihak pada wanita itu.

Akibatnya, sebahagian kaki kiri wanita itu terpaksa dipotong, lapor The Straits Times.


Tan Phuay Khoo, 62 tahun, yang tidak lagi berkhidmat dengan syarikat itu, didapati bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan cedera parah kepada wanita tersebut, kerana memandu secara tidak bertimbang rasa.

Pada Isnin, Timbalan Pendakwa Raya R. Arvindren meminta Hakim Daerah Kok Shu-En menjatuhkan hukuman penjara antara sembilan bulan dengan setahun kepada Tan, sambil menekankan bahawa mangsanya berusia 30-an tahun ketika kemalangan, dan hidupnya kini terjejas secara kekal.

“Terduduh membawa kenderaan berat dan selekohnya berada dalam zon perumahan. Dia terus belok walaupun lampu hijau untuk pejalan kaki berpihak kepada pejalan kaki,” kata DPP, sambil menambah wanita itu berjalan dengan langkah biasa.

Namun, peguam bela Anthony Wee merayu agar anak guamnya dikenakan penjara tiga bulan.

Beliau memberitahu Hakim bahawa Tan mempunyai rekod memandu yang bersih sebelum kes itu, dan telah memberi khidmat cemerlang dalam pengangkutan awam.

Encik Wee juga berkata Tan menyesal dengan kemalangan itu dan berada pada waktu senja kerjayanya.

Jurucakap SBS Transit dipetik sebagai berkata Tan tidak lagi berkhidmat dengan syarikat itu, dan telah dipecat.

Pada 19 Januari 2019, Tan sedang memandu bas itu sekitar tengah hari ketika dia sampai di simpang Pasir Ris Drive 1 dan Pasir Ris Drive 2.

Pada masa sama, mangsa tersebut sedang menyeberangi Pasir Ris Drive 1 dengan lampu trafik berpihak padanya.

Tan kemudian belok ke kanan selepas menanti sebuah van berlalu, dan basnya melanggar wanita itu.

Wanita itu dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) dengan kecederaan termasuk patah kedua-dua kaki dan dengan lapisan kulit luar dan tisu kaki kirinya tersiat.

Akibatnya, sebahagian kaki kiri wanita itu terpaksa dipotong.

Semasa perbicaraan, beliau telah memberi keterangan bahawa beliau kini tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti menaiki tangga tanpa bantuan.

Dalam hujahnya, DPP Arvindren berkata: “Tindakan tertuduh untuk terus memandu di simpang, sedangkan dia mengaku terdapat halangan, jelas tidak bertimbang rasa dan tanpa alasan.”

Dalam perbicaraan itu, Tan juga berkata dia langsung tidak menyedari kehadiran mangsa sebelum pelanggaran itu.

Tan dijangka dikenakan hukuman pada 3 Oktober.

Jika didapati bersalah menyebabkan cedera parah kepada orang lain kerana memandu secara tidak bertimbang rasa, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >