Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pemandu cuba hentikan hubungan sulit Leon Perera dengan Nicole Seah

Jul 20, 2023 | 09:51 AM



Beliau menganggap Encik Leon Perera sebagai anaknya dan berusaha untuk menghentikan hubungan sulit Ahli Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) itu dengan seorang lagi pemimpin kanan pembangkang itu, Cik Nicole Seah.

Encik Frankie Wong, 80 tahun, yang merupakan pemandu Encik Perera lebih 10 tahun, menghubungi ketua WP Pritam Singh sekitar lewat 2020 dan awal 2021.

Bercakap kepada The Straits Times selepas peletakan jawatan kedua-dua pemimpin parti itu diumumkan oleh Encik Singh pada sidang media WP pada Rabu, Encik Wong berkata: “Saya menelefon Pritam dan memberitahunya Leon sedang menjalin hubungan sulit dengan wanita itu (Cik Seah), dan memintanya membantu menamatkannya.

“Pritam hanya berkata okey, dan meletak telefon,” tambahnya.

Encik Wong berkata beliau dan Encik Perera pernah berbincang sebelum ini mengenai ahli politik yang kerjaya mereka berakhir disebabkan skandal, dan beliau tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada Encik Perera.

Encik Wong pada mulanya bercakap kepada media tentang perkara ini dengan syarat namanya tidak disiarkan. Tetapi beliau kemudian bersetuju dikenal pasti selepas sidang media itu.

Satu-satunya syarat Encik Wong ialah gambarnya tidak disiarkan. Beliau berkata beliau tidak pernah mahu menyakiti Encik Perera, dan pada mulanya berharap kepimpinan WP akan mengambil tindakan dan membantu Encik Perera dengan meminta beliau memutuskan hubungan itu.

Sebaliknya, yang dilihatnya dari sudut pandangannya ialah parti itu nampaknya tidak bertindak, diikuti dengan beliau diberhentikan kerja secara tiba-tiba pada Mac 2021.

Encik Wong memberitahu ahli WP lain mengenai perkara itu, termasuk Encik Gerald Giam, Encik Dennis Tan dan Profesor Madya Jamus Lim, serta pengerusi parti Cik ylvia Lim. Tetapi beliau berkata tiada seorang pun daripada mereka menghubunginya untuk maklumat lanjut.

“Mengapa mereka tidak kumpulkan kami bertiga dan berbincng? Tiada seorang pun daripada kepimpinan WP menghubungi saya.”

Pada sidang media itu, Encik Singh berkata selepas beliau dimaklumkan tentang perkara itu oleh “pemandu Leon”, beliau bertanya Encik Perera apa yang berlaku antara beliau dan Cik Seah.

Encik Perera menafikan dakwaan itu, dan mendakwa ada pertikaian berterusan antara beliau dan Encik Wong, kata Encik Singh.

Begitu juga, apabila Cik Seah didatangi pemimpin WP lain, beliau juga menafikan ada apa-apa yang berlaku, tambahnya.

Encik Singh berkata beliau tidak mengenali Encik Wong secara peribadi, dan “tiada bukti atau maklumat sokongan” pada masa itu untuk menyokong dakwaan ada hubungan sulit.

Encik Wong berkata beliau kecewa dengan cara kepimpinan WP menangani skandal itu. Sebagai pemandu Encik Perera dari 2010 hingga 2021, Encik Wong melihat majikannya naik pangkat dalam WP dan menjadi AP.

Sebelum bekerja untuk Encik Perera, Encik Wong berkhidmat bersama Pasukan Polis Singapura lebih sedekad, dan kemudian membantu dalam perniagaan abangnya membekalkan peralatan elektrik.

Menganggap Encik Perera sebagai seorang anak, beliau kecewa apabila melihat AP itu berpelukan dan berpegangan tangan dengan Cik Seah.

“Saya masih ingat bagaimana kami pernah bercakap tentang David Ong, dan beliau berkata adalah bodoh jika ahli politik terlibat dalam hubungan sulit, hilang segala-galanya kerana seorang wanita,” katanya.

“Tetapi akhirnya, beliau sendiri terlibat dalam hubungan sulit.”

Encik Ong ialah AP Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi Bukit Batok yang meletak jawatan pada 2016 kerana hubungan sulit dengan seorang lagi ahli parti itu.

Ditanya mengapa beliau memutuskan untuk mendedahkan hubungan tersebut, Encik Wong berkata beliau tidak mahu nasib yang sama menimpa Encik Perera.

“Ahli Parlimen adalah pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh, dan hubungan sulit ini adalah salah. Saya hanya mahu mereka membuat Leon menghentikan hubungan itu,” katanya.

“Saya membangkitkan isu itu dengan Pritam dan pemimpin lain supaya mereka boleh membantu Leon. Tetapi tiada siapa yang mempercayai saya.

“Sylvia juga pernah berkata kepada saya bahawa ia adalah isu yang perlu diselesaikan antara majikan (Encik Perera) dan pekerja (Encik Wong).”

Encik Wong berkata beliau juga memberitahu ibu Encik Perera tentang hubungan sulit itu selepas diberhentikan kerja, dan ibu Encik Leon menangis di hadapannya.

Encik Wong berkata sayang sekali Encik Perera kini keluar daripada politik.

“Leon sebenarnya ada seorang yang baik, beliau melayan saya dengan baik,” kata Encik Wong.

Encik Singh memberitahu media pada Rabu bahawa selepas video Encik Perera dan Cik Seah berkelakuan mesra muncul pada Isnin, pasangan itu mengakui hubungan sulit mereka.

Beliau berkata: “Kedua-dua mereka mengakui bahawa mereka mempunyai hubungan sulit yang bermula selepas pilihan raya umum 2020, tetapi ia telah berhenti beberapa ketika dahulu.”

Ditekan lebih lanjut mengenai garis masa lebih jelas mengenai hubungan itu dan bila ia berakhir, Encik Singh berkata beliau tidak mempunyai tarikh tetap, tetapi ia telah berhenti “sejurus selepas itu”.

Encik Wong berkata WP mengambil masa terlalu lama untuk menangani perkara itu, dan nampaknya mengambil tindakan hanya selepas video itu muncul.

Bagaimanapun, Encik Wong berkata bukan beliau yang mengeluarkan video itu, dan beliau tidak tahu siapa merakamnya, atau di mana dan bila ia diambil.

“Saya tahu beberapa ahli WP berpendapat sayalah orang yang mengeluarkan video itu, dan beberapa orang dalam talian juga menyalahkan saya berhubung situasi Leon, dan mengatakan saya mahu membalas dendam,” katanya.

“Tetapi saya tiada kaitan dengan video itu, dan saya tidak pernah mahu menyakiti Leon.”

Encik Wong berkata beliau tidak membenci Encik Perera, malah berasa kasihan dengan keluarganya, dan berharap mereka dapat pulih.

“Saya tak benci Leon. Saya benci pemimpin parti yang tidak membantu Leon apabila saya memberitahu mereka tentang perkara itu, malah sehingga kini, tiada seorang pun daripada mereka menghubungi saya,” kata Encik Wong.

“Sekarang, masa depan Leon sudah musnah.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >