Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengarah yayasan kajian negara didakwa ambil rasuah

Jun 23, 2023 | 04:31 PM



Seorang bekas pengarah sebuah pertubuhan yang melakarkan arah tuju negara bagi penyelidikan dan pembangunan didakwa menerima rasuah sebagai ganti memajukan minat perniagaan sebuah syarikat.

Henry Wong Chuen Yuen, yang terdahulu memikul jawatan pengarah program di kelompok inovasi pusat di Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), didakwa pada Jumaat satu tuduhan rasuah.

Wong, 53 tahun, juga seorang anggota panel penilaian projek di Perikatan Teknologi Alam Bina (Beta).

Seorang jurucakap NRF berkata kepada The Straits Times (ST) bahawa Wong mengundur diri daripada tanggungjawabnya pada Februari 2022 dan enggan mengulas lanjut kerana kes tersebut sedang berterusan.

Antara Mei dengan Ogos 2021, Wong didakwa menerima rasuah dalam bentuk pegangan saham sebanyak 30 peratus syarikat Smart Illumination daripada pengarahnya, Lee Tze Boon

Pegangan saham itu dikatakan sebagai hadiah kepada Wong kerana memajukan minat perniagaan syarikat itu apabila ia membuat permohonan mendapatkan geran daripada Beta.

Lee, 50 tahun, juga didakwa atas satu dakwaan rasuah pada Jumaat.

Dalam kenyataannya, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata ia menerima kes itu daripada NRF.

NRF ditubuhkan pada 2006 di bawah Pejabat Perdana Menteri.

Tujuan organisasi itu adalah melakarkan arah tuju nasional bagi penyelidikan dan pembangunan dengan menerapkan dasar, rancangan serta strategi.

Di mahkamah pada Jumaat, kedua-dua lelaki itu menyatakan mereka akan mendapatkan peguam bela tersendiri.

Mereka akan dihadapkan ke mahkamah lagi pada 13 Julai.

Jika didapati bersalah atas kesalahan rasuah, Wong dan Lee setiap seorang boleh didenda sehingga $100,000, dijel sehingga lima tahun atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >