Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 ditangkap berkaitan perisian hasad dalam kes perbankan

Jun 15, 2023 | 01:16 PM



Lapan orang telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kejadian perisian hasad atau ‘malware’ berkaitan perbankan.

Mereka yang ditangkap terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita berusia antara 19 dengan 35 tahun.

Demikian dinyatakan pihak polis dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, polis telah menerima beberapa laporan berkaitan penggunaan ‘malware’ yang menjejas peranti mudah alih dan mengakibatkan transaksi tanpa kebenaran untuk berlaku pada akaun perbankan mangsa.

Ini walaupun para mangsa tidak mendedahkan kata laluan sekali guna (OTP) kepada sesiapa.

Kenyataan itu menambah pihak polis telah mengenal pasti mereka yang disyaki dan mereka ditangkap dalam satu operasi yang dijalankan dari 13 Jun hingga 14 Jun.

Wang tunai sebanyak $3,800, pesanan juruwang berjumlah $9,912.56 dan dua telefon bimbit telah dirampas sebagai bahan bukti.

Polis berkata dua lelaki akan didakwa di mahkamah pada Khamis atas kesalahan memperoleh faedah daripada perbuatan jenayah, yang boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 54(5)(a) Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah) 1992.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh menjalani hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga $500,000, atau kedua-duanya.

Siasatan polis sedang dijalankan terhadap enam individu lain atas kesalahan yang disyaki, iaitu memperoleh faedah daripada kelakuan jenayah dan pendedahan kod akses tanpa kebenaran.

Polis turut mengingatkan orang ramai agar tidak memuat turun sebarang Kit Pakej Android (APK) yang mencurigakan daripada sumber yang tidak diketahui kerana ia mungkin mengandungi perisian hasad.

Bagi mengelakkan diri daripada menjadi rakan subahat kepada jenayah, orang ramai harus sentiasa menolak permintaan daripada orang lain untuk menggunakan akaun bank atau nombor talian mudah alih kerana anda akan dipertanggungjawabkan jika ia dikaitkan dengan sebarang jenayah.

Kenyataan itu menjelaskan polis tidak teragak-agak menjejaki penjenayah siber yang bertanggungjawab terhadap insiden perisian hasad berkaitan perbankan, dan akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >