Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekerja sebagai penghantar makanan secara haram: 3 warga asing didenda

Oct 11, 2023 | 04:58 PM



Tiga warga asing didenda antara $3,800 dan $10,000 pada Selasa kerana bekerja secara haram sebagai penghantar makanan di Singapura tanpa pas pekerjaan yang sah.

Seorang warga Singapura dan penduduk tetap (PR) yang memberikan akses pada akaun platform penghantaran makanan kepada warga asing itu turut didenda kerana bersubahat melakukan kesalahan tersebut.

Hanya rakyat Singapura dan PR boleh bekerja secara sah sebagai penghantar makanan platform di Singapura.

Menukil laporan The Straits Times (ST), seorang warga Malaysia, Ng Teik Chuan, dikenakan denda $10,000 kerana bekerja sebagai penghantar makanan menggunakan platform MilkRun dan LiveExpress dari Mei 2022 hingga Mac 2023.


Dia meraih kira-kira $17,000 sebelum diberkas pada Mac 2023 oleh pegawai penguatkuasa Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semasa membuat penghantaran.

Pada Mac 2023 juga, seorang warga India berusia 37 tahun, Amanullah Faizal Navas, menggunakan akaun Foodpanda milik Muhammad Mubeen Muthibbi Sahul Hameed, seorang warga Singapura.

Kedua-dua merupakan rakan dan masing-masing didenda $3,800 pada Selasa.

Mubeen, 47 tahun, berkongsi alamat e-mel dan kata laluan serta membantu Amanullah mengakses akaun Foodpanda kepunyaannya menggunakan pengecam muka.

Amanullah, yang telah bekerja di Singapura selama 12 tahun, tidak mempunyai pekerjaan semasa tempoh kesalahan tersebut.

Selepas menggunakan akaun Mubeen selama empat hari, orang awam menegur Amanullah kerana bekerja secara haram sebagai penghantar makanan.

Dia berhenti bekerja sebagai penghantar makanan dengan segera selepas kejadian itu.

Dia tidak mendapatkan semula pendapatan sebanyak $540 dari akaun Foodpanda Mubeen.

Selain itu, warga Malaysia berusia 28 tahun, Chaw Soon Yaw, menggunakan akaun Deliveroo adiknya, Chaw Soon Song, dari Disember 2022 hingga Mac 2023.

Soon Song adalah PR berusia 23 tahun. Pada Selasa kededuanya dikenakan denda $5,000.

Pada 10 Mac 2023, Soon Yaw mendapati akaun Soon Song telah digantung.

Ini berlaku setelah dia ditegur oleh orang awam bahasa ianya satu kesalahan bagi warga asing untuk bekerja sebagai penghantar makanan di Singapura.

Soon Yaw telah berjaya menerima pendapatan sebanyak $2,090 sebagai seorang penghantar makanan sebelum dia diberkas.

MOM dalam satu kenyataan pada September menyatakan ia sedang berbincang dengan platform penghantaran makanan utama untuk tingkatkan proses dan mencegah penyalahgunaan akaun oleh pihak yang tidak dibenarkan.

Warga asing yang bekerja sendiri tanpa pas pekerjaan sah boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga $20,000, atau kedua-duanya.

Apabila disabit kesalahan, mereka dihalang daripada bekerja di Singapura buat selamanya.


Pekerja platform penghantaran tempatan yang didapati membenarkan warga asing menggunakan akaun mereka boleh berdepan hukuman serupa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >