Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023: Pemerintah akan sedia sokongan kepada pekerja platform berpendapatan rendah untuk imbangi sebahagian caruman CPF mereka yang lebih tinggi selama empat tahun

Feb 14, 2023 | 04:58 PM



BAGI  pekerja platform yang berpendapatan rendah, satu skim Bantuan Peralihan CPF Pekerja Platform (PCTS) akan diberikan kepada mereka bagi empat tahun pertama. 



Ini adalah antara usaha yang diambil oleh pihak pemerintah untuk membantu meringankan kesan yang akan menjejas gaji yang dibawa pulang para pekerja platform yang berpendapatan $2,500 atau kurang setiap bulan apabila mereka dikehendaki atau memilih untuk membuat sumbangan berdasarkan kadar Sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang diselaraskan.



Ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa membentangkan Belanjawan 2023 pada Selasa. 



Pada November 2022, pemerintah telah menerima saranan Jawatankuasa Penasihat mengenai Pekerja Platform untuk mengkaji langkah memperbaiki kemampuan para pekerja platform bagi perumahan dan persaraan mereka. 



Ini dilakukan menerusi penyelarasan kadar Sumbangan CPF pekerja serta syarikat yang mempunyai pekerja platform. 



Bagi pekerja platform yang berusia di bawah 30 tahun apabila perubahan itu dilaksanakan, mereka akan dikehendaki membuat Sumbangan CPF yang meningkat dan syarikat mereka juga akan dikehendaki membayar Sumbangan CPF mereka. 



Ia juga akan memberi pilihan bagi mereka yang berumur 30 tahun dan ke atas untuk memilih sama ada mereka inginkan penyelarasan CPF itu.



Penyelarasan itu akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh masa lima tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >