Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia prihatin isu nasional, mahu main peranan bentuk negara: Masagos

Nov 10, 2023 | 10:07 PM



Peranan belia dalam membentuk masa depan Singapura, termasuk meningkatkan kehidupan keluarga berpendapatan rendah, dibincangkan dalam satu dialog pada Rabu.

Sesi bersama pemimpin belia daripada program Temasek LEADership di Politeknik Temasek itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.







“Belia pemimpin hari esok,” kata Encik Masagos, yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, dalam satu catatan di Facebook pada Jumaat mengenai dialog itu.

“Ramai daripada (pemimpin belia) bercakap tentang laporan Melakar Hala Tuju Singapura (ada yang telah membaca kesemua 177 muka surat itu!) dan bertanya apakah peranan yang boleh dimainkan oleh pelajar dalam membentuk masa depan Singapura, terutamanya dalam meningkatkan kehidupan keluarga berpendapatan rendah,” kata Encik Masagos lagi.

Laporan Melakar Hala Tuju Singapura atau ForwardSG telah dikeluarkan pada 27 Oktober lalu dan ia membentangkan hala tuju untuk visi baru Singapura.







Selepas dialog itu, Encik Masagos juga bertemu dengan beberapa pemimpin belia yang tampil berkongsi pandangan mereka tentang isu negara.

“Saya gembira kerana pelajar memikirkan tentang keprihatinan ini dan ingin menyumbang secara aktif kepada masyarakat,” ujar Encik Masagos.

Kata Encik Masagos lagi, meluangkan masa dan bakat untuk menjadi sukarelawan adalah satu cara untuk menyumbang kepada masyarakat.

Ramai pelajar Politeknik Temasek, kata Encik Masagos, menggunakan bakat mereka untuk membimbing mereka yang lebih muda dalam masyarakat.

“Saya menggalakkan lebih ramai pelajar untuk tampil dan meneroka pelbagai usaha yang mereka boleh lakukan secara sukarela melalui Rangkaian MSFCare,” katanya dalam catatan yang sama.

Maklumat lanjut tentang Rangkaian MSFCare boleh didapati di laman www.msf.gov.sg/volunteer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >