Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan Melakar Hala Tuju S’pura cermin harapan warga: Masagos

Oct 27, 2023 | 08:03 PM



Laporan Melakar Hala Tuju Singapura atau Forward SG mencerminkan harapan warga Singapura serta masa depan yang diinginkan mereka, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.


Masyarakat inginkan Singapura di mana warga tidak bimbang akan keperluan asas mereka, mereka juga ingin melihat semua anggota dihargai dan dihormati, kata Encik Masagos.

“Kami telah mendengar pandangan dan idea anda selama lebih 16 bulan. Sumbangan anda telah membantu Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) memperhalusi dasar untuk memberi bantuan yang dipertingkat bagi keluarga dan individu yang diperlukan, sepertimana dikongsi dalam laporan Melakar Hala Tuju Singapura.

“Laporan Melakar Hala Tuju Singapura itu juga merakam harapan warga Singapura untuk masa depan mereka.

“Kita ingin melihat Singapura di mana semua warga rasa yakin keperluan asas mereka dipenuhi, menjadi negara penyayang di mana semua dihargai dan dihormati, serta masyarakat yang berjaya, kukuh dan berdaya tahan di mana tiada anggota yang ketinggalan,” kata Encik Masagos dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Menurutnya, Festival Melakar Hala Tuju Singapura telah dilancarkan di Gardens by the Bay, dengan lebih 200 warga Singapura terlibat dalam daya usaha tersebut.

Encik Masagos juga menyampaikan penghargaannya kepada semua yang telah menyumbang pendapat dan idea bagi membentuk pembangunan Singapura untuk masa depan.

“Ini merupakan permulaan perjalanan kita untuk membawa Singapura maju ke hadapan, bersama,” kata Encik Masagos.

Encik Masagos juga telah menganggotai panel bagi sidang media pada Jumaat bagi membincangkan Laporan Melakar Hala Tuju Singapura yang dibentangkan.

Tujuh anjakan telah digariskan dalam laporan tersebut yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Saranan dan anjakan dasar utama yang diketengahkan terhasil berikutan penglibatan lebih 200,000 warga Singapura selama 16 bulan semasa latihan Melakar Hala Tuju Singapura, di mana mereka menyumbang idea melalui 275 kerjasama dan sesi pendekatan.

Tujuh anjakan itu ialah: menimba ilmu melangkaui kecemerlangan akademik; menghormati dan memberi ganjaran bagi setiap pekerjaan; menyokong keluarga pada setiap tahap kehidupan; membantu warga emas menua dengan sejahtera; memperkasa mereka yang memerlukan; melabur masa hadapan yang mampan; dan memainkan peranan kita sebagai satu rakyat yang bersatu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >