Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 28,000 raikan Hari Kebangsaan di 4 stadium

Sertai kegiatan senam, hiburan di empat stadium di Jurong West, Bedok, Toa Payoh dan Woodlands; acara diteruskan Ahad dan di Our Tampines Hub juga
Aug 05, 2023 | 08:48 PM



Buat seketika, ribuan orang yang berada di Stadium Bedok pada Sabtu membisu, bak terpukau dengan petikan gitar dan suara lantang pemuzik Encik Ahmadul Amin yang mendendangkan beberapa lagu.

Dengan gitar berwarna biru di bahu, beliau menyampaikan dua lagu tulisan sendiri dan dua lagu suka ramai Semoga Bahagia yang ditulis Allahyarham Zubir Said dan Where I Belong, dalam bahasa Inggeris.


Persembahan beliau itu berlangsung di Pesta Kejiranan GetActive! di Stadium Bedok yang diadakan sempena Hari Kebangsaan. Selain di sana, tiga lagi Stadium – di Jurong West, Toa Payoh dan Woodlands – mengadakan pesta serupa dengan sekitar 28,000 orang hadir, kata penganjur.

Acara tersebut diteruskan di semua stadium tersebut pada Ahad dari 4 petang hingga 9 malam, termasuk di Our Tampines Hub (OTH).

Wartawan Berita Minggu (BM) hadir di dua lokasi pada Sabtu di Stadium Bedok dan Stadium Jurong West di mana ramai pengunjung kelihatan sudah mula beratur panjang untuk memasuki tempat acara seawal sekitar 3.30 petang.







Encik Ahmadul, 28 tahun, ketika ditemui BM berkata peluang membuat persembahan di pentas di hadapan penonton yang ramai begitu istimewa baginya.

“Hari Kebangsaan memberi kami kesempatan untuk sama-sama meraikan kemajuan Singapura,” katanya.

“Walaupun kami hanya sebuah negara yang kecil, kami boleh berdiri sama tinggi dengan banyak negara-negara lain dan ini satu kejayaan yang membanggakan sebagai warga Singapura.”

Pada Sabtu, sekitar 7,000 pengunjung yang bertiket dibenarkan masuk ke setiap stadium bagi menyertai acara yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Sambutan Kejiranan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP 2023) dan GetActive! Singapore yang dikelolakan oleh Sport Singapore (SportSG).

Meskipun cuaca agak panas terik, suasana di lokasi tersebut kelihatan meriah dengan ramai keluarga menikmati pelbagai permainan dan sukan.

Antaranya termasuk tenis, memanah dan permainan menembak Nerf serta kegiatan bagi seisi keluarga seperti melukis, tarian beramai-ramai dan persembahan muzik.

Di Stadium Bedok, Cik Adrianna Ong dilihat mencuba beberapa kegiatan bersama suami dan empat anaknya.

Beliau berkata: “Kami berada di sini untuk menyertai permainan, untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan juga bagi budak-budak ni menghabiskan tenaga mereka.”

Di Jurong West pula, Cik Janintinah Ariff, 59 tahun, berkata beliau telah mengajak seluruh keluarganya seramai 16 orang turun ke tempat acara.

“Walaupun cuaca hari ini agak panas, kami tetap datang ke sini bagi anak-anak dan cucu kami,” katanya.

Kakaknya Cik Junainah Ariff, 57 tahun, pula berkata:

“Kami berharap setiap tahun dapat adakan acara seperti ini sebab dekat sahaja dengan rumah,”

Dalam pada itu, menurut penganjur, pesta di beberapa lokasi itu turut dijayakan oleh 1,800 relawan Team Nila, cabang sukarelawan kendalian SportSG.

Seorang relawan, Cik Hasnah Ahmad Sadik, 64 tahun, berkata beliau memang gemar menyertai program kemasyarakatan sebegini.

“Melihat senyuman orang ramai datang dan bersama menyertai kegiatan yang ada membuat tugas saya senang sekali,” katanya. – Laporan tambahan ZULAIQAH ABDUL RAHIM, MUHAIMIN SUZAINI, NUR SYUHRAH HASSAN dan  NATASHA MUSTAFA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >