Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bot kargo bersejarah terakhir akan dialih dari Clarke Quay

Jun 27, 2023 | 03:20 PM



Dua bot kargo bersejarah terakhir – yang pernah menjadi talian hayat Singapura – akan dialih buat selama-lamanya dari Clark Quay.

Jurucakap presint bersejarah CQ @ Clarke Quay berkata usaha memulihara kedua-dua bot milik Capitaland itu telah dibincangkan dengan agensi pemerintah, termasuk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Lembaga Warisan Negara (NHB), agensi air negara PUB dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

“Selepas penilaian menyeluruh, didapati bahawa keadaan bot-bot itu menjadi semakin buruk akibat dimamah usia, dan untuk mengekalkannya dalam keadaan sedia ada, boleh menimbulkan risiko kepada alam sekitar di Sungai Singapura,” kata jurucakap itu.

Beliau juga menambah, pihak berkuasa telah memberitahu CapitaLand bahawa mereka tidak bercadang menyimpan bot-bot tersebut – yang dikenali sebagai ‘twakow’ dalam loghat Teochew – memandangkan keadaannya yang sukar dibaiki dan dipulihara.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan pemindahan bot-bot itu dengan selamat dan dokumentasi yang betul untuk tujuan arkib,” kata jurucakap itu.

Bot-bot itu akan ditunda ke Kallang Riverside Park, di mana ia akan ditanggalkan. Kerja sudah bermula lebih awal pada Jun dan dijangka siap pada akhir Ogos.

Sama ada kayu daripada bot-bot itu boleh digunakan semula dalam bentuk lain sedang dikaji, kata jurucakap tersebut.

Kunjungan The Straits Times ke Clarke Quay pada Khamis mendapati sebuah ‘twakow’ telah dialih, sementara kerja-kerja sedang dijalankan ke atas sebuah lagi bot, yang sebahagiannya sudah tenggelam.


Kededuanya adalah antara empat ‘twakow’ yang dibeli daripada pembuat kapal yang berpangkalan di Tuas pada harga $30,000 setiap satu sekitar awal 1990-an oleh DBS Land, yang bergabung dengan Pidemco Land untuk membentuk CapitaLand pada 2000.

Walaupun tidak jelas bila dua lagi ‘twakow’ itu dialihkan, dua yang tinggal – yang dibina pada 1968 dan 1972 dan digunakan dari 1993 sebagai bar dan kemudian restoran – diubah suai dengan kos lebih $1 juta sebelum pemeriksaan tahunan mendapati ia tidak lagi selamat digunakan sebagai tempat makan terapung.

Bot-bot itu tidak boleh diangkat keluar dari sungai kerana tekanan kepada strukturnya akan menyebabkan ia pecah. Ia akan dinaikkan dengan menggunakan pontun khas yang boleh tenggelam di bawah permukaan sungai.

Sekurang-kurangnya sebuah bot juga didapati berlubang yang menyebabkan bahagian dalamnya dipenuhi air dan lumpur.

Penyelidik warisan bebas, Encik Lee Kok Leong, berkata ‘twakow’ secara dasarnya dibina hanya dengan “menggabungkan kebijaksanaan, sains dan kemahiran bertukang” tanpa sebarang lukisan reka bentuk.

Menyedari bahawa gabungan ‘twakow’ dan Sungai Singapura adalah ‘unik’, Encik Lee berasa sedih dengan kehilangannya.

Beliau berkata rakyat Singapura kini hanya dapat membayangkan peranan ‘twakow’ dalam sejarah tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >