Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Laluan basikal 20km di Bukit Merah, Kallang, kawasan bandar

Jun 06, 2023 | 04:23 PM



PARA penunggang basikal akan lebih mudah menuju ke kawasan seperti Bukit Merah, Telok Blangah, Kallang dan kawasan bandar apabila laluan berbasikal baru siap pada 2024.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin telah membuka tender untuk membina 20 kilometer (km) laluan berbasikal baru di kawasan pinggir bandar dan bandar.

Ini menandakan permulaan pembinaan laluan berbasikal secara berperingkat di daerah tengah, menyumbang kepada anggaran keseluruhan 150km yang akan siap menjelang 2030, tertakluk kepada hasil kajian LTA tentang potensi pelaksanaan projek itu.

Laluan berbasikal sepanjang 20km itu, yang akan disiapkan secara progresif mulai 2024, akan memperbaiki sambungan kepada kemudahan – termasuk pengangkutan lain seperti stesen MRT, sekolah dan pusat kejiranan, kata LTA.

Tender tambahan bagi laluan berbasikal di kawasan lain, termasuk barat Singapura, sedang dijalankan dan butiran akan dikongsikan apabila ia selesai disiapkan, tambah LTA.

Menurut dokumen tender lain yang dilihat akhbar The Straits Times (ST), laluan berbasikal sepanjang 6.9km akan dibina di Bukit Merah. Selain itu, laluan sepanjang 6.8km akan dibina di Kallang, 5km di daerah bandar dan 1.3km di Bukit Timah, menjadikan jumlah laluan 20km berbasikal baru ditambah secara progresif kepada rangkaian laluan berbasikal pulau Singapura.


Laluan di Bukit Merah akan meliputi West Coast Highway, dari Alexandra Road ke Terowong Sentosa Gateway, dalam kawasan kejiranan Tiong Bahru dan Redhill, sepanjang Jalan Bukit Merah dan jalan di Keppel Road dekat dengan laluan keluar Ekspreswe Marine Coastal.

Di kawasan Kallang, laluan baru ini termasuk sebuah hamparan jalan yang menyambung antara kawasan Boon Keng dengan Geylang Baru. Ia juga terdapat daripada kawasan Bendemeer ke Lavender, dan lagi satu yang menyambung Sims Avenue dan Mountbatten Road.

Dalam daerah bandar, laluan basikal baru juga terdapat di sekitar Newton, 313@Somerset, Great World City, Clarke Quay, Farrer Park, Maxwell, Gardens by the Bay, dan jalan yang menyambung Shenton Way ke Marina Boulevard.

Di Bukit Timah, terdapat laluan baru yang menyambung kediaman di kawasan tersebut kepada kemudahan yang berada di tepi Toh Tuck Road dan Jalan Jurong Kechil.

Menurut dokumen tender, syarat perjanjian dijangka berkuat kuasa selama 18 bulan, dengan tarikh siap yang jatuh pada 31 Disember, 2025.

Perluasan laluan berbasikal terbaru ini diumumkan susulan tender LTA yang ditawarkan sebelum ini pada Januari. Tender tersebut bertujuan membina laluan berbasikal baru di tujuh bandar di daerah timur dan timur laut Singapura.

Ia diharap untuk menghubungkan laluan berbasikal dengan lebih mudah di estet seperti Geylang, Serangoon, Sengkang, Hougang dan Marine Parade.

Di kawasan lain, laluan berbasikal baru sepanjang 14.5km telah selesai dibina di Ang Mo Kio, Bishan dan Toa Payoh. Selain ini, laluan sepanjang 3.5km akan disiapkan di Bishan pada 2023.

LTA merancang untuk meluaskan rangkaian berbasikal seluruh pulau sehingga sepanjang 1,300km menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >