Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IZIN JURURAWAT PAKAI TUDUNG

Bukti usaha sama masyarakat dengan pemerintah, capai huraian

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



PARA Anggota Parlimen (AP) dan pemimpin Melayu/Islam berkata langkah pemerintah membenarkan jururawat di sektor awam memakai tudung semasa bertugas adalah bukti kerja keras pemimpin masyarakat dan asatizah bekerjasama dengan pemerintah untuk mencari huraian secara aman.



Langkah itu juga dihargai sedang ia akan memberi ketenangan kepada kaum Muslimah yang bertugas dalam sektor kesihatan awam.



Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata: "Kami sangat menghargai usaha pemerintah untuk memahami hasrat wanita Islam kita untuk memakai tudung.



"Keputusan pemerintah untuk membenarkan kakitangan Islam sektor kesihatan awam untuk memakai tudung dengan seragam mereka, jika mereka mahu, memberikan ketenangan kepada kaum Muslimah kita yang bertugas dalam sektor kesihatan awam," ujar Dr Maliki.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia dan Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad menarik perhatian langkah itu hasil kerja sama pelbagai pihak.



"Kita secara bersama telah berusaha ke arah huraian ini di samping turut memahami akan cabaran mendapatkan pemahaman masyarakat lain. Saya bersyukur akan hasilnya selepas menyuarakan hasrat dan aspirasi masyarakat kita ini di Parlimen dan di forum-forum lain," ujar beliau.



Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, pula berpendapat perubahan dasar itu menunjukkan pemerintah memahami dan bersikap responsif kepada keperluan dan aspirasi masyarakat.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >