Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabang ‘Financial Times’ lawat BH lagi dalam program tarik pembaca muda

Nov 17, 2023 | 05:17 PM



Sebuah program yang bertujuan meneroka strategi bagi mengembangkan bilangan pembaca muda bawah 35 tahun Berita Harian (BH), yang disertai akhbar ini sejak Jun akan berakhir November ini.


Program itu – Makmal Kepelbagaian Audiens (ADL) – berlangsung selama enam bulan dan dikendalikan oleh cabang runding cara strategi akhbar Financial Times (FT), FT Strategies, yang berpangkalan di London.


Pada Jumaat, pasukan FT Strategies berkunjung ke bilik berita BH untuk berkongsi dan menganalisis dapatan dan pembelajaran yang diperoleh sepanjang enam bulan itu.


Ini kali kedua pasukan FT Strategies berkunjung ke bilik berita BH. Kali pertama mereka melakukan kunjungan pada Julai 2023 untuk bertemu pasukan BH yang bekerjasama dengan mereka.


BH satu-satunya media Singapura yang terpilih bagi program ADL FT, yang ditaja oleh Google News Initiative (GNI). Media lain yang menyertai program itu termasuk MalaysiaKini dari Malaysia dan Tempo dari Indonesia.


Mengulas tentang kerjasama BH dengan FT Strategies, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, berkata: “Kami mengalu-alujan kerjasama FT Strategies dan GNI dalam projek bersama BH ini.


“Laporan ini berguna kepada BH dalam menetapkan matlamat jangka panjang dan memperhalusi strategi kami, termasuk dalam usaha untuk mendekati audiens muda.


“Ini juga membantu kami dalam mengemas kini proses dalaman dan rangka kerja operasi kami.”

Selain berkongsi dapatan, dua pihak itu melihat bagaimana BH boleh terus berusaha ke arah matlamat ‘North Star’-nya, iaitu mencapai sebanyak dua juta tontonan halaman setiap bulan menjelang suku keempat 2025, dengan 40 peratus daripadanya merupakan pembaca bawah 35 tahun.


Menurut Editor Audiens dan Pertumbuhan BH, Cik Norhaiza Hashim, sekarang sekitar 25 peratus tontonan itu merupakan pembaca bawah 35 tahun.

“Salah satu perkara yang dilaksanakan melalui program ADL ialah penjajaran semula dan motivasi kakitangan muda kami sendiri. Kami mendekati kakitangan muda kami sekali setiap dua minggu untuk memastikan mereka bermotivasi dan mendapatkan idea meningkatkan kepelbagaian audiens dan cara menarik minat pembaca muda.

“Memandangkan mereka juga muda, mereka adalah golongan terbaik untuk memberi input dan juga memberi mereka rasa pemilikan dan kepunyaan ke atas produk BH,” ujar Cik Norhaiza.


Di samping itu, Cik Norhaiza juga berkongsi bahawa BH mendekati pelajar institut pengajian tinggi (IHL) dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) kerana mereka pembaca masa depan BH.


Sebagai sebahagian usaha mendekati pelajar IHL, BH melancarkan pojok baru berjudul GenKini yang menggalak sumbangan daripada golongan pelajar itu, serta platform baru, OMG, untuk mendekati golongan muda.


Butiran lanjut mengenai OMG akan diumumkan dalam masa terdekat.


BH turut mengembangkan wadah digitalnya, termasuk podcast #NoTapis, TikTok dan Instagram, bagi menarik pembaca muda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >