Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabaran media dan bidang kewartawanan... 5 soalan bersama Ketua Editor EMTM, Wong Wei Kong

Oct 06, 2023 | 04:20 PM



Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM), Encik Wong Wei Kong, telah menjawab beberapa soalan penting mengenai perubahan serta cabaran yang dihadapi sektor media serta peranan Berita Harian (BH) sebagai media vernakular.


Berikut lima soalan yang telah diketengahkan semasa sesi podcast #NoTapis serta jawapan yang telah diberikan Encik Wong.

SOALAN (S): Bidang kewartawanan telah berubah dan ini juga meninggalkan kesan terhadap landskap media. Bagaimana landskap media ini telah berubah?


JAWAPAN (J): Sebenarnya perubahan ini sudah jelas dilihat sekarang, contohnya hari ini kita adakan sesi podcast, ini juga menunjukkan bagaimana bidang kewartawanan telah berubah dalam jangka masa singkat. Jadi saya rasa kesan paling besar adalah cara kita menyampaikan kisah serta laporan kita.


Cara kita sampaikan laporan kini dilakukan melalui pelbagai wadah termasuk dalam talian, media sosial, cetak, dan kita juga mendekati pembaca melalui kumpulan Telegram, WhatsApp, podcast dan juga risalah, jadi kandungan kita kini dihasilkan melalui wadah yang pelbagai dan ini merupakan perubahan besar bagi bilik berita kita.

Selaras dengan itu, kita juga kini perlu memahami pembaca kita dengan lebih baik di wadah berbeza, dan kita kini sedar dan terima bahawa golongan pembaca yang berbeza membaca dan menonton dengan cara berbeza.

Jadi penting untuk kita lihat sama ada kita berjaya mendekati mereka dengan baik kerana kita ingin lihat apa yang berkesan. Namun, tujuan kita tetap sama, untuk menjangkau sebanyak mungkin pembaca dan melihat bagaimana kita boleh memberi manfaat kepada mereka dan menjadi sebahagian daripada hidup mereka.

S: Bagaimana pula dengan kesan terhadap media vernakular, seperti BH dan apa yang perlu kita lakukan memandang ke hadapan?


J: Pada saya misi media vernakular masih tidak berubah. Kerana misinya masih untuk mendekati anggota masyarakat seboleh mungkin dan memberikan nilai kepada masyarakat.


Saya rasa apa yang telah berubah adalah masyarakat itu sendiri, pembaca kita telah berubah. Mereka telah beralih daripada hanya membaca dalam satu format kepada pelbagai format, dan minat mereka juga telah berubah.

Cara mereka mendapatkan berita dan juga kandungan juga telah berubah dan pelbagai pilihan kini tersedia buat mereka. Untuk menyesuaikan diri, BH juga telah berubah dan akan terus berubah untuk kekal relevan kepada pembaca dan semua ini merupakan sebahagian daripada perubahan yang perlu dilakukan.


Meskipun misi kita tidak berubah, cara kita mencapai dan melaksanakan misi tersebut telah berubah dan kita perlu terus menjalani perubahan untuk memastikan kita kekal relevan kepada pembaca.

S: Salah satu cabaran yang kita hadapi sekarang adalah dari segi pendapatan atau keuntungan melalui iklan. Jadi mungkin apa seharusnya menjadi objektif kita berkaitan perkara ini?


J: Jika kita fikir tentang bidang kewartawanan awam, saya rasa keuntungan ini memang pertimbangan yang penting. Namun, saya rasa ia tidak seharusnya menghalang kita daripada mencapai objektif utama kita.


Satu lagi perkara, meskipun pasaran Singapura kecil, saya rasa BH belum memaksimumkan jangkauannya. Jika kita lihat jangkauan sekarang, saya percaya kita dapat berusaha untuk menjangkau lebih ramai orang. Anda mungkin boleh menambah jangkauan ini dua atau tiga kali ganda... ada ruang untuk terus berkembang.


Satu cabaran adalah pembaca atau penonton yang lebih muda, dan jika kita usahakan dalam bidang ini saya rasa anda mempunyai potensi untuk berkembang dan menjangkau lebih ramai orang.

S: Dengan pelbagai wadah media alternatif yang ada sekarang, mengapa kita perlu tubuhkan bidang kewartawanan yang baik dan bagaimana BH dapat memenuhi keperluan tersebut?


J: Ramai orang yang masih mencari sumber maklumat yang boleh dipercayai, jadi ini peranan penting yang dapat dimainkan BH.


Satu lagi peranan penting adalah memastikan ia terus menyampaikan pandangan yang seimbang, kerana kini lebih banyak pandangan yang ekstrem – sama ada lebih ekstrem ke kiri atau ke kanan – dan ia semakin luas tersebar.

Justeru, Singapura perlukan media yang terus menyampaikan pandangan seimbang, yang akan mencerminkan pandangan yang pelbagai tetapi tetap sedar akan apa sebenarnya yang diperlukan Singapura serta pendiriannya.

S: Apa yang perlu kita lakukan untuk terus kekal relevan di mata masyarakat?


J: Kita kini dalam situasi di mana perubahan tidak akan pernah berhenti. Jadi, kita tidak boleh hanya fikirkan tentang wadah, format atau hanya kandungan kini kerana akan tiba masanya semuanya mungkin hilang kerelevanan.


Apa yang penting adalah kewujudan rangka kerja mental yang bersedia untuk berubah dan ini juga memerlukan kakitangan yang sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan, tidak kira apa jua perubahan tersebut.

Ini satu keupayaan yang perlu dibina untuk jangka masa panjang. Jadi apabila kita mempunyai pemikiran, budaya seperti itu dan kakitangan yang bersedia untuk sesuaikan diri, tak kira apa jua perubahan yang kita hadapi, bilik berita akan mampu bertindak dengan pantas dan membuat keputusan yang sesuai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >