Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO SPH Media ingin pastikan transformasi selaras arus perubahan sektor media

Oct 06, 2023 | 03:11 PM



Industri media dan berita berdepan dengan pelbagai cabaran sengit ketika ini.

Justeru, dalam usaha memastikan ia terus berupaya bergerak sealiran dengan arus gelombang perubahan dalam industri tersebut serta berdaya tahan dalam menangani cabaran yang mendatang, SPH Media kini giat meneruskan transformasinya.

Ini antara lain merangkumi beberapa bidang utama termasuk digital, bakat, produk yang ditawarkan, pengalaman pelanggan serta struktur bilik berita.

Membentangkan rancangan tersebut dalam wawancara bersama Berita Harian (BH), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH Media, Cik Teo Lay Lim, berkata ini telah dilakukan sejak SPH Media dibentuk pada Disember 2021.


Objektif utama SPH Media kini adalah untuk mencipta produk dan kandungan yang memenuhi cita rasa pembaca dan penonton, kata Cik Teo sambil menekankan “sebahagian besar penonton berinteraksi dengan media dengan cara berbeza”.

Pada masa yang sama, SPH Media akan terus berusaha memastikan ia terus kekal sebagai “sumber berita yang dipercayai” di Singapura dan rantau ini dan menumpukan terhadap usaha menyediakan kandungan bermutu dan membangunkan piawaian bidang kewartawanan tinggi.

“Transformasi kita dilakukan selaras dengan arus perubahan yang dihadapi industri ini dan juga cabaran yang dihadapi pertubuhan media seperti kita di seluruh dunia,” kata Cik Teo.

Arus perubahan itu menonjolkan beberapa bidang yang perlu diberi tumpuan dalam transformasi tersebut, tambahnya.

Ini termasuk meneliti kebiasaan dan keperluan segmen pembaca dan penonton berbeza dan cara terbaik untuk memenuhinya, ujar Cik Teo.

“Kami dapati cara pembaca dan penonton menggunakan produk kami telah berubah, mereka kini sentiasa menggunakan dan terhubung melalui alat digital.

“Saluran digital juga membolehkan kita mendapatkan penilaian yang lebih terperinci mengenai penonton dan pembaca kami,” kongsinya.

Pada masa yang sama, produk SPH Media juga perlu terus berubah untuk memastikan ia terus mampu menarik minat dan perhatian.

Ini termasuk dengan memanfaatkan video, audio, laman dan wadah media sosial selain teks.

Tawaran digital yang disediakan SPH Media juga memberikan peluang meneliti data, termasuk kandungan yang sering dibaca, berapa lama ia dibaca serta apa yang sering dikongsi pembaca dan penonton, katanya.

Mengenai usaha mempertingkat pengetahuan dalam bidang baru seperti kecerdasan buatan (AI), Cik Teo berkata SPH Media meneroka pelbagai peluang kerjasama untuk membina ekosistem kerjasama dengan pertubuhan lain seluruh dunia.

Ini termasuk langkah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan syarikat media Nikkei Inc untuk bekerjasama dalam membangunkan inisiatif strategik termasuk perkongsian pengetahuan.

Menyentuh tentang pelaburan yang telah dilakukan SPH Media dalam usaha mempertingkat keupayaannya, Cik Teo berkata ia tertumpu kepada beberapa bidang iaitu data, keupayaan digital, produk dan bakat.

Pasukan bidang teknologi SPH Media telah berusaha menggabungkan set data berbeza yang diperolehi rentas syarikat untuk membentangkan perspektif bersepadu mengenai pengguna, pembaca dan penonton syarikat itu, kata Cik Teo.

Keupayaan digital bilik berita berbeza juga telah dipertingkat, antaranya dengan langkah memperkenalkan sistem pengurusan kandungan baru.

“Wadah ini membolehkan bilik berita kita menyelaraskan semula aliran kerja mereka dan melaksanakan proses yang membantu kita menyampaikan laporan melalui teks, video dan visual dengan lebih mudah.

“Dengan aliran data yang telah kita bangunkan, kita kini mempunyai pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai kebiasaan dan pilihan mereka,” kata Cik Teo.

Dengan sistem serta proses yang diperbaharui, kakitangan SPH Media juga perlu mampu menguasai kemahiran baru.

Justeru, beliau berkata syarikat itu akan mempertingkat keupayaan dan menambah kakitangan dalam usaha membentuk kandungan dan produk yang diperlukan pengguna.

Antara usaha yang telah dilakukan bagi menarik bakat termasuk dengan menawarkan biasiswa seperti Biasiswa Kewartawanan Media SPH dan Biasiswa Yayasan SPH Media-Temasek selain peluang bekerja sambil belajar.

Langkah selanjutnya bagi SPH Media kini adalah untuk mengukuhkan lagi proses khidmat pelanggannya melalui wadah digital, menurut Cik Teo.

Katanya: “Kami kini giat berusaha dan mencari jalan terbaik untuk mengiktiraf dan menunjukkan penghargaan kepada pelanggan kami yang setia.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >