Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Calon diingatkan usah kelirukan pengundi tentang peranan Presiden

Aug 24, 2023 | 08:07 PM



Jabatan Pilihan Raya (ELD) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berkata terdapat ketidaktepatan dalam skrip asal calon Presiden, Encik Tan Kin Lian bagi siarannya berkenaan peranan ketua negara.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan ELD dan IMDA pada Khamis petang, calon diingatkan agar tidak mengelirukan orang awam tentang tugas dan tanggungjawab Presiden.

Kenyataan tersebut mendedahkan bahawa skrip asal Encik Tan, 75 tahun, mencadangkan bahawa Presiden boleh memberikan panduan mengenai strategi pelaburan rizab dan mempengaruhi dasar pemerintah.

“Setelah dimaklumkan tentang ketidaktepatan itu, ejen pilihan raya Encik Tan telah membetulkannya tanpa bantahan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dibuat selepas Encik Tan pada awal Khamis mengkritik IMDA kerana mengarahkan tiga perenggan skrip untuk siaran mesej calon presiden pertamanya dipadamkan, dan bahawa beliau “tidak bersetuju dengan keputusan itu tetapi (tidak mempunyai) pilihan” selain mengalah, lapor The Straits Times.


Semua calon, termasuk Encik Tan, telah menandatangani akuan berkanun pada kertas pencalonan mereka untuk mengesahkan bahawa mereka telah membaca bahan penjelasan mengenai peranan perlembagaan Presiden, termasuk contoh khusus tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Presiden, kata ELD dan IMDA.

“Calon-calon juga menandatangani aku janji sukarela berkempen untuk pilihan raya dengan cara yang bermaruah, bersopan santun dan konsisten dengan kedudukan Presiden,” tambah kenyataan itu.

“Kami mengingatkan semua calon supaya tidak mengelirukan orang ramai tentang peranan Presiden,” tambah ELD dan IMDA.

Pada Selasa, ketiga-tiga calon Presiden telah mengisytiharkan dalam kertas pencalonan mereka bahawa mereka memahami peranan presiden di bawah Perlembagaan, termasuk bahawa Presiden tidak boleh menyatakan secara terbuka sebarang pandangan mengenai undang-undang dan dasar pemerintah kecuali dalam perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan budi bicara Presiden.

Calon-calon menandatangani perisytiharan ini selepas mereka membaca nota penjelasan yang menyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh presiden.

Pada Khamis pagi, Encik Tan memberitahu media semasa lawatannya di Pusat Penjaja Senja di Bukit Panjang bahawa IMDA telah mengarahkan supaya beliau mengeluarkan apa yang dianggapnya “perenggan paling penting dalam kempen saya”.

Selain daripada cara beliau berhasrat untuk memberikan panduan mengenai pelaburan rizab, tiga perenggan tersebut menyentuh kos sara hidup, dasar perumahan dan pekerjaan.

Encik Tan juga memberitahu media bahawa beliau hanya mempunyai satu hari untuk menyediakan dan menyerahkan kepada IMDA skrip siarannya, termasuk terjemahan dalam bahasa ibunda.

“Ia sangat tergesa-gesa. Bagaimanakah anda mengharapkan saya, dengan banyak perkara yang perlu diuruskan dengan kempen, untuk memenuhi keperluan ini?” kata Encik Tan.

ELD dan IMDA berkata dalam kenyataan mereka bahawa calon Presiden dimaklumkan mengenai masa penyiaran dan peraturannya pada 12 Ogos dan diberi taklimat mengenainya pada 21 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >