Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ELD jelas perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan Presiden

Aug 23, 2023 | 05:12 PM



Jabatan Pilihan Raya (ELD) telah mengeluarkan nota penjelasan mengenai peranan Presiden, yang dilihat oleh calon-calon pilihan raya presiden untuk memastikan mereka faham.

Tiga yang bertanding jawatan presiden ialah mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song; mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam; dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian.

Mereka membuat akuan berkanun pada kertas pencalonan mereka bahawa mereka telah membaca bahan penerangan dan memahami peranan presiden di bawah Perlembagaan.

Seorang jurucakap ELD berkata: “Calon telah menandatangani akuan janji untuk berkempen bagi pemilihan sebagai presiden secara bermaruah, sopan dan konsisten dengan kedudukan presiden sebagai ketua negara dan simbol perpaduan negara.”

Di bawah Perlembagaan, presiden ialah ketua negara dan lambang perpaduan negara. Beliau mempengerusikan acara kebangsaan penting, seperti Perbarisan Hari Kebangsaan dan pembukaan Parlimen, serta menjalankan kuasa penjagaan.

Presiden terpisah daripada parti politik. Justeru, beliau tidak boleh menganggotai sebarang parti politik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >