Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga calon Presiden bentang rancangan dalam siaran pertama TV, radio

Aug 24, 2023 | 07:45 PM



Tiga calon Presiden membentangkan rancangan mereka jika dipilih menyandang jawatan tertinggi negara dalam siaran pertama calon Presiden di saluran televisyen dan radio pada Khamis.

Siaran pertama pada 24 Ogos memberi platform kepada mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song; mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam; dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, mendekati penyokong.

Encik Ng, 75 tahun, yang pertama menyampaikan mesejnya, berkata jika dipilih, beliau ingin menggalak rakyat “menjaga diri, membuat yang betul; dan berbuat baik untuk rakyat Singapura”.

“Jaga diri bermakna memiliki ketahanan minda dan tubuh. Saya telah lama memperjuangkan kesihatan mental yang baik. Membuat yang betul bererti mempunyai integriti, untuk melakukan yang terbaik demi keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Berbuat baik adalah untuk membina sebuah masyarakat yang lebih penyayang dan baik.

“Sejak beberapa tahun ini, saya telah memperjuang dan menyumbang kepada sektor penjagaan paliatif, golongan kurang upaya, kebajikan kanak-kanak, dan kumpulan kebajikan haiwan.

“Saya berikrar untuk memberikan suara kepada golongan belia, warga senja dan golongan rentan agar tiada sesiapa yang ketinggalan dalam kemajuan Singapura,” kata Encik Ng.

Encik Tharman, 66 tahun, memulakan ucapannya dengan memberi penghargaan kepada rakyat Singapura, termasuk warga senja, penjaga, pekerja pertengahan umur dan keluarga muda, yang telah memberinya motivasi untuk berkhidmat demi membina sebuah negara yang penyayang dan inklusif.

Mengungkap pengalaman dan pengetahuan luasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan dan Menteri Kewangan dalam penggubalan dasar, Encik Tharman memberi jaminan bahawa beliau akan menjadi seorang Presiden Dipilih yang berfikiran bebas dalam melindungi rizab negara dan integriti perkhidmatan awam.

“Saya akan memberi tumpuan kepada peranan tradisional Presiden yang telah lama wujud – untuk berkhidmat sebagai tokoh penyatu di dalam negara ini, dan untuk memajukan kepentingan Singapura di luar negara.

“Saya juga akan menggunakan pengetahuan dan reputasi saya sebagai seorang yang berfikiran bebas untuk memenuhi peranan perlembagaan tambahan Presiden Dipilih – untuk menjaga rizab negara dan integriti perkhidmatan awam,” kata beliau.

Jika dipilih, Encik Tharman berkata beliau akan meningkatkan budaya saling hormat menghormati antara rakyat Singapura; menggunakan pengalamannya dan kedudukan antarabangsanya untuk mengetengahkan kepentingan Singapura; dan akan teliti dan tidak berat sebelah dalam memenuhi tugas perlembagaan Presiden.

“Saya membawa pengetahuan dan pengalaman yang mendalam: tentang bagaimana dan bila kita harus menggunakan rizab untuk memenuhi keperluan Singapura, dan bagaimana ia harus dilindungi buat masa depan,” tambahnya.


Encik Tan, 75 tahun, yang terakhir memberi ucapan, berkata beliau akan bekerjasama dengan pemerintah untuk memastikan rizab negara digunakan dengan cermat jika dipilih sebagai Presiden.

Dalam pada itu, beliau juga berharap dapat melihat kepelbagaian dalam jawatan kanan perkhidmatan awam, khususnya dalam memberi peluang kepada kakitangan yang telah lama bekerja dan mempunyai pengetahuan yang mendalam.

“Dengan pengetahuan dan pengalaman selama 30 tahun sebagai ketua pegawai eksekutif NTUC Income, saya yakin bahawa saya akan dapat melaksanakan dua kunci tugas dengan baik. Saya berhasrat berbuat demikian untuk kepentingan rakyat Singapura.

“Jika saya dipilih sebagai Presiden, saya berhasrat untuk kekal rapat dengan rakyat biasa. Saya percaya bahawa saya boleh melaksanakan tugas saya dengan sebaiknya, jika saya sentiasa mendekatkan diri dengan nadi dan jantung rakyat,” kata Encik Tan.

Dalam siaran itu, Encik Tan telah menyampaikan skrip yang diperbetulkan setelah Jabatan Pilihan Raya (ELD) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menarik perhatian ada kesilapan dalam skrip asalnya mengenai peranan presiden.

Dalam skrip asal itu, Encik Tan mencadangkan presiden boleh memberi panduan tentang strategi pelaburan rizab dan mempengaruhi dasar pemerintah.

Dalam kenyataannya, ELD dan IMDA mengingatkan calon untuk tidak mengelirukan pengundi.

Laporan lanjut di Muka 4-6




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >