Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Calon Presiden pergiat usaha dekati warga jelang Hari Mengundi

Aug 27, 2023 | 08:45 PM



Peranan dan kebebasan Presiden Dipilih terus menjadi isu utama yang dibangkitkan dalam kempen Pilihan Raya Presiden hingga berakhirnya hari berkempen yang keenam pada Ahad.

Malah semasa bertemu dengan media pada Ahad, salah seorang daripada tiga calon Pilihan Raya Presiden 2023, Encik Ng Kok Song, berkata seorang lagi calon, Encik Tan Kin Lian, “tidak menghormati jawatan Presiden” setelah Encik Tan mengumumkan bahawa beliau telah berjaya mendapat sokongan daripada dua tokoh pembangkang, Dr Tan Cheng Bock dan Encik Tan Jee Say.

Menjawab pertanyaan media, jurucakap pasukan seorang lagi calon, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata Encik Tharman secara konsisten telah menggesa semua calon agar tidak mempolitikkan Pilihan Raya Presiden.

“Tumpuan harus diberi kepada perwatakan individu setiap calon, pengalamannya dan keupayaannya untuk menyumbang kepada masa depan Singapura sebagai Ketua Negara,” ujarnya.

Dengan warga bakal keluar mengundi pada Jumaat, ini bermakna ketiga-tiga calon – Encik Ng, Encik Tharman dan Encik Tan – mempunyai tiga hari sahaja lagi untuk berkempen sebelum Hari Bertenang pada Khamis.

Sepanjang Sabtu dan Ahad, mereka dilihat mempergiat usaha untuk turun padang dan bertemu dengan rakyat di pelbagai lokasi di serata Singapura termasuk di pasar dan pusat makanan serta menerusi sesi forum dan dialog.

Pada Sabtu, mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng, 75 tahun, melawat dua lokasi, bermula dengan pasar Chong Pang di Yishun pada sebelah pagi dan kemudian di pusat makanan Ang Mo Kio Central pada sebelah petang.

Mantan Menteri Kanan, Encik Tharman, 66 tahun, pula bertemu dengan penduduk di pasar Tiong Bahru, sementara mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan, 75 tahun, berucap di sebuah acara tertutup anjuran Persatuan Universiti Nasional Singapura (NUSS) pada sebelah petang.

Pada Ahad malam, Encik Ng dan Encik Tharman menjawab soalan daripada golongan muda dalam rancangan Ask The Next President Anything anjuran The Straits Times (ST).


Encik Tan bagaimanapun tidak menyertai rancangan itu selepas menolak undangan ST.


Ketika ditanya tentang apa yang boleh rakyat Singapura lihat jika beliau dipilih menjadi Presiden, Encik Ng berkata beliau akan menjadi seorang Presiden yang penyayang, menyatukan rakyat, dapat melindungi rizab negara, tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dan menggalak rakyat untuk meditasi.

“Meditasi telah membantu saya menjadi lebih tenang, bertenaga, dan bersimpati terhadap kepentingan semua rakyat Singapura, terutamanya generasi muda dan rakyat Singapura yang berpendapatan rendah,” kata Encik Ng.

Encik Tharman pula berkata jika dipilih, beliau ingin menjadi seorang Presiden yang boleh mengibar bendera Singapura di peringkat antarabangsa, melindungi rizab dengan baik dan memperjuang mesej hormat antara satu sama lain.

“Saya ingin menjadi Presiden yang secara aktif menggalak budaya saling menghormati di kalangan setiap rakyat Singapura.

“Saya akan menjadi Presiden yang prihatin dengan golongan yang kurang bernasib baik. Hormati semua orang dan jangan pernah memandang rendah kepada sesiapa,” kata Encik Tharman.

Pada Ahad pagi, Encik Ng telah melawat Pasar Bulat di Tampines sebelum pergi ke Chinatown Complex pada tengah hari.

Encik Tan pula telah berkunjung ke Pusat Makanan People’s Park, diiringi oleh dua mantan calon Pilihan Raya Presiden 2011 yang bertanding bersamanya ketika itu, iaitu Encik Tan Jee Say dan Dr Tan Cheng Bock.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >