Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Calon Presiden giat dekati masyarakat tatkala titik pertengahan kempen

Aug 26, 2023 | 06:57 PM



Bahang Pilihan Raya Presiden 2023 semakin terasa, dengan dua calon sibuk bertemu rakyat Singapura di serata negara pada Sabtu – titik pertengahan dalam kempen pilihan raya sebelum warga keluar mengundi pada 1 September.

Mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, 75 tahun, serta mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun, turun padang mendekati segenap lapisan masyarakat di pelbagai tempat seperti pasar dan pusat makanan.

Seorang lagi calon, iaitu mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, 75 tahun, pula tampil menjawab pelbagai soalan yang diutarakan peserta dalam satu sesi dialog anjuran Persatuan Universiti Nasional Singapura (NUSS) pada Sabtu.

Di Pasar dan Pusat Makanan Chong Pang, beberapa penduduk yang sedang makan atau berbelanja berhenti seketika untuk bergambar bersama Encik Ng dan tunangnya, Cik Sybil Lau. Pada sebelah malam pula, Encik Ng telah berkunjung ke Pasar dan Pusat Makanan Ang Mo Kio Central.

Di pasar Tiong Bahru pula, Encik Tharman dan isteri, Cik Jane Yumiko Ittogi, diberi buah nanas – yang dipilih sebagai simbol kempen Encik Tharman – oleh peniaga yang bergambar bersama mereka.

Tiga calon Presiden itu akan sekali lagi muncul di saluran televisyen dan radio pada Rabu untuk membentangkan rancangan mereka jika dipilih menyandang jawatan tertinggi negara dalam siaran calon Presiden yang kedua.

Pada Ahad, SPH Media akan menerbitkan video yang dirakam secara langsung bersama calon Pilihan Raya Presiden yang menjawab soalan daripada golongan muda. Ini akan disiarkan di laman web dan wadah media sosial The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >