Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cara pastikan haiwan liar tidak masuk rumah

Oct 02, 2023 | 05:30 AM



Apakah jenis hidupan liar biasa yang lazim ditemui di Singapura dan apakah yang boleh dan tidak boleh anda lakukan apabila bersemuka dengan haiwan ini, terutama di dalam rumah? 

Berita Harian (BH) berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil, berdasarkan panduan Lembaga Taman Negara (NParks) dan Persatuan berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres).


Kera ekor panjang (Long-tailed Macaque)

Terdapat sekitar 2,000 ekor monyet jenis ini di sini, menurut kajian 2012 yang dijalankan oleh NParks.

Ia secara semula jadi menjadikan kawasan hutan sebagai kediamannya dan juga boleh ditemui di hutan bakau. 

Sebagai haiwan pinggir hutan, ia sering mengunjungi persekitaran terdekatnya untuk meneroka dan mencari makanan. Haiwan ini mungkin juga mengunjungi rumah kita untuk mencari makanan.

NParks menasihatkan agar orang ramai tidak memberikan haiwan ini makanan kerana apabila sudah terbiasa diberi makan, ia akan mengurangkan kecenderungan semula jadi kera ini untuk mencari makanan di dalam hutan.

Bagaimanakah dapat kita menghindar kera daripada masuk rumah?

Pastikan tingkap rumah anda dipasang dengan jaring dan tutup pintu serta tingkap, termasuk tingkap di dalam bilik mandi, apabila anda keluar rumah. 

Jauhkan makanan daripada pandangan haiwan ini dengan menyimpan di tempat yang sesuai seperti di dalam ketuhar atau kabinet, atau pastikan makanan ditutup rapat dalam bekas. 

Jika anda dapati haiwan ini sedang bermain-main berdekatan rumah anda, dan anda ingin menghalaunya, anda boleh tepuk tangan anda sekuat mungkin atau gunakan semburan air, dan sembur bahagian belakang tubuh mereka (bukan di depan). 

Musang (civet cat)







Musang atau dalam istilah Inggeris ‘civet cat’ biasanya ditemui hidup di kawasan hutan, taman, hutan bakau dan juga ruang bumbung bangunan di kawasan bandar.

Mereka merupakan haiwan yang aktif pada waktu malam atau nokturnal dan suka tinggal di pokok dan tempat tinggi.

Memandangkan habitat semula jadinya tidak menentu, musang juga kadangkala dapat dilihat di kawasan perumahan tertentu, yang menyediakan makanan dan kawasan bersarang yang sesuai.

Adakalanya, haiwan ini pernah ditemui menggunakan ruang kecil di atas bumbung atau siling rumah untuk sarangnya.

Ini berlaku disebabkan oleh adanya ruang yang mudah diakses. Haiwan ini akan mencari tempat untuk bersarang yang mempunyai suhu hangat, tenang dan terlindung untuk bayi mereka.

Bagaimanakah dapat anda menghalang haiwan ini daripada membuat sarang di rumah anda?

Untuk mengelakkan musang masuk ke dalam rumah anda, anda harus mengehadkan sumber makanan anda. 

Usah biarkan makanan terdedah, termasuk makanan haiwan peliharaan dan simpan di dalam almari dan bekas tertutup.

Tutup tingkap pada waktu malam, terutamanya di tempat yang biasanya terdapat makanan seperti di dapur.

Anda boleh menghubungi Pusat Tindak Balas Haiwan NParks di talian 1800-476-1600 apabila anda mendapati terdapat musang terperangkap di dalam rumah anda dan tidak dapat keluar sendiri atau musang tersebut kelihatan cedera atau anda memerlukan nasihat lanjut tentang isu berkaitan haiwan itu.

Lebah







Terdapat lebih 130 jenis lebah di Singapura. Lebah merupakan haiwan pendebungaan penting dalam ekosistem kita, dan setiap ekor lebah boleh mengunjungi sehingga 2,000 bunga sehari.

Biasanya, lebah pekerja yang jangka hayat mereka sekitar tiga bulan, dapat ditemui di taman bandar, kawasan taman dan kawasan hijau yang lain. 

Walau bagaimanapun, spesies tertentu mampu mendatangkan bahaya apabila sarangnya diganggu, kerana serangga itu akan menyengat untuk melindungi diri mereka sendiri.

Terdapat tiga jenis lebah utama yang sering ditemui di Singapura iaitu lebah madu, lebah yang bergerak bersendirian atau dalam kumpulan kecil dan lebah tanpa sengat.

Apakah yang perlu anda lakukan jika terdapat sarang lebah di persekitaran atau di dalam rumah?

Jangan ganggu sarang lebah tersebut. 

Walau bagaimanapun, jika sarang lebah terletak di tempat yang mendatangkan kesulitan kepada anda, anda boleh menghubungi penyedia perkhidmatan penempatan semula lebah seperti Nutrinest, Pollen Nation atau Bee Amazed Garden.

Sebelum membina sarang baru, lebah akan berlegar-legar di kawasan perumahan kerana ia sedang mencari lokasi sesuai untuk membina sarang mereka. 

Dalam kebanyakan situasi, anda tidak perlu melakukan apa-apa tetapi dengan sabar menunggu ia pergi.

Lebah biasanya akan pergi selepas beberapa hari. Jika anda tidak pasti, anda boleh menghubungi penyedia perkhidmatan penempatan semula lebah untuk mendapatkan nasihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >