Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cerita, lakonan penubuhan S’pura dalam lawatan bas ke pameran pemimpin pengasas

Jun 01, 2023 | 02:55 PM



MULAI 18 Jun, orang ramai boleh menempah tiket bagi menyertai lawatan “Semangat yang Baru’, iaitu lawatan bas berpandu khas yang membawa pengunjung meneroka pameran yang menceritkan kisah-kisah para pengasas Singapura semasa tahun-tahun kemerdekaannya, dari 1950-an hingga 1970-an.


Lawatan itu akan bermula dengan perjalanan menaiki bas dari beberapa stesen MRT tertentu, yang kemudian membawa pengunjung mengalami pameran Semangat yang Baru: Forging a New Singapore Spirit (Membentuk satu Semangat Singapura yang Baru) di Muzium Negara.


‘Semangat yang Baru’ adalah rangkap daripada Lagu Kebangsaan Singapura, Majulah Singapura.


Pameran yang dibuka pada April itu menceritakan kisah-kisah dan dilema yang dihadapi oleh penduduk dan pemimpin ketika itu, dan keputusan yang diambil pada dekad sebelum dan selepas kemerdekaan.

Bahan-bahan pameran dan kandungan cerita adalah hasil sumbangkan orang awam dan institusi-institusi pemerintah.

Founders’ Memorial, badan yang menganjurkan lawatan tersebut, berharap orang ramai akan merenungkan bagaimana cita-cita Singapura yang dibina atas dasar seperti kepelbagaian budaya, keterbukaan dan keberanian, kekal relevan hari ini.

“Kami sedang meneroka naratif yang pelbagai dan melakukannya melalui naratif berasaskan nilai,” kata Cik Grace Lau, seorang pengurus kanan di Founders’ Memorial. 

Founders’ Memorial yang memperingati pengasas Singapura melalui pengalaman galeri dan taman bersepadu di Taman Bay East di Gardens by the Bay, dijadualkan dibuka pada 2027.

Cik Lau berharap lawatan itu boleh menjadi wadah untuk rakyat Singapura memahami cabaran tahun-tahun kemerdekaan dan memulakan dialog antara generasi.

Menerusi lawatan itu, pengunjung juga akan menyaksikan lakonan watak-watak yang mencerminkan perwatakan pendduk Singapura yang pelbagai latarbelakang dan kerjaya, seperti guru, jururawat dan pesara, untuk menonjolkan pelbagai aspek kisah Singapura. Pamerannya ditata agar juga mesra kanak-kanak terutama yang datang berkeluarga. Pelbagi artifak menarik turut dipamerkan.

Antara artifak itu ialah alat penimbang binatang ternak yang yang pernah digunakan di ladang ternakan babi di Kampong San Teng, kini dikenali sebagai Bishan. Ternakan babi di Singapura telah dihentikan pada 1984.

Turut dipamerkan ialah lesen penjaja lama yang dikeluarkan pada 1950-an oleh Majlis Bandaraya Singapura dalam usaha mengawal selia penjaja di sini.

Peserta akan dijemput dari stesen MRT tertentu, termasuk Yishun, Tampines, HarbourFront, Dover dan Serangoon. Bayaran bagi lawatan itu ialah $5 seorang, meliputi kos perjalanan ulang-alik ke stesen MRT dan sebuah beg jinjing Founders’ Memorial edisi terhad berisi makanan ringan.

Walaupun bahasa utama lawatan itu ialah bahasa Inggeris, peserta berkumpulan boleh meminta penerangan disampaikan dalam bahasa Mandarin, Melayu atau Tamil, dengan permintaan itu dibuat melalui e-mel kepada Founders’ Memorial.

Lawatan akan berlangsung hingga pameran itu ditutup pada 29 Oktober. Tiket boleh ditempah di go.gov.sg/sybbustour




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >