Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cermat tangani kos sara hidup, lega akan sokongan pemerintah

Nov 18, 2023 | 05:30 AM



Setelah lebih 40 tahun bekerja, mantan pegawai eksekutif operasi kanan di PSA International, Encik Abdul Razak Dasuri, 71 tahun, menyifatkan diri semi-retired atau separuh bersara, pada 2019.


Beliau beralih kepada pekerjaan sebagai pengurus operasi HT Ports Services, yang kurang tekanan, untuk menikmati lebih banyak masa lapang.

Encik Razak menerima gaji lebih rendah – daripada sekitar $6,000 kepada $3,000 sebulan – dan perlu membuat penyesuaian serta lebih teliti dalam pengurusan kewangannya.

Dalam menyesuaikan dirinya dengan gaya hidup lebih sederhana sambil meniti usia senja, bapa tiga anak ini bersyukur dengan adanya bantuan Pakej Jaminan pemerintah.

Beliau, yang tinggal bersama isterinya, Cik Aidah Othman, 69 tahun, dan anak bongsu mereka, 34 tahun, antara 2.9 juta warga dewasa Singapura yang akan menerima antara $200 dengan $800 di bawah Pakej Jaminan bagi mengurangkan kesan kos sara hidup yang diumum Kementerian Kewangan (MOF) pada Rabu.

Encik Razak, Cik Aidah dan anak mereka, Encik Mohamed Haffidz Abdul Razak, seorang jurugambar, layak menerima $800 setiap seorang di bawah pakej itu pada Disember. Beliau berkata bantuan daripada pemerintah itu sesuatu yang tidak disangkanya.

“Saya sebenarnya agak prihatin apakah wang simpanan saya cukup untuk hidup dengan selesa selepas bersara,” ujarnya.

Encik Razak berkata sebelum ini beliau tidak pernah memerlukan bantuan kerana pendapatannya agak tinggi sebelum bersara.

Kini gaji bersama beliau dan Encik Haffidz berjumlah kira-kira $6,000 sebulan.

“Mujur keprihatinan saya tidak terlepas daripada perhatian pemerintah. Bantuan daripada Pakej Jaminan ini dapat bantu meringankan beban kewangan, terutama dalam perbelanjaan rumah dan bil utiliti yang berjumlah sekitar $500,” kata Encik Razak.

Beliau turut berkongsi mengenai perubahan dalam gaya hidup dengan menjalani kehidupan lebih sederhana sekarang, seperti menjual keretanya.

“Sekarang saya beralih kepada pengangkutan awam yang jauh lebih menjimatkan daripada kos memiliki kereta sendiri,” ujarnya.

Beliau juga berpindah daripada flat eksekutif ke flat tiga bilik. Ini mengurangkan beban kewangan bulanannya sekitar $2,500, sekali gus memberi kelegaan kepada keluarganya.

Menurut Encik Razak, beliau menitikberatkan menabung sejak muda untuk bersara dengan tenang.

“Saya bersyukur isteri saya cekap dan bijak merancang serta menguruskan kewangan sejak saya mula bekerja untuk persiapan bersara. Ketiga-tiga anak saya juga memberi wang perbelanjaan setiap bulan.

“Alhamdulillah, walaupun gaji saya sekarang separuh daripada jumlah dahulu, saya masih dapat menua dengan selesa berkat usaha berjimat selama bertahun-tahun, serta bantuan keluarga dan pemerintah,” katanya.

Dengan harga barang semakin tinggi, beliau sekeluarga juga mengalu-alukan beberapa bantuan lain pemerintah, seperti baucar CDC bernilai $500 yang akan diberi pada Januari 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >