Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan padu untuk golongan rentan demi kehidupan lebih baik: Faishal

Nov 08, 2023 | 05:30 AM



Menyokong serta menaik taraf kehidupan golongan rentan memerlukan pendekatan menyeluruh, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di Parlimen pada Selasa.

Oleh demikian, beliau berkata pemerintah mengalu-alukan sokongan dan sumbangan idea dan sumber dari rakyat serta sektor swasta bagi memartabatkan kehidupan keluarga yang menetap di rumah sewa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Dr Faishal berkata demikian sebagai respons kepada usul penangguhan yang difailkan Cik Carrie Tan (GRC Nee Soon) mengenai ‘Mempertingkatkan Perumahan Sewa Awam untuk Kemajuan Manusia’.

Dalam membentangkan usul penangguhannya, Cik Tan berkata banyak lagi yang boleh dilakukan bagi mempertingkatkan mutu rumah sewa awam supaya semangat para penyewa, yang berdepan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan, dapat ditingkatkan.

Antara lain, beliau menggesa Kementerian Pembangunan Negara (MND) untuk mengkaji peranan ruang dan nilai keindahan flat-flat sewa agar ia dapat membantu penghuninya lebih berkeupayaan untuk mencapai kestabilan kewangan dan dapat berdikari dengan lebih cepat.

“Kami boleh melakukan ini dengan mereka bentuk semula flat sewa untuk membantu dalam mencapai potensi penuh mereka selain diberi sokongan lebih baik.

“Saya dan pasukan saya telah melakukan beberapa penyelidikan, dan saya menjemput Dewan untuk bersama-sama saya melakar reka bentuk (flat sewa) yang lebih baik, untuk memahami bagaimana ‘ruang’ dan ‘estetika’ dalam persekitaran hidup kita sebenarnya boleh memberi kesan mendalam terhadap mobiliti sosial,” kata Cik Tan.

Dalam ucapannya, Dr Faishal menyatakan, selama ini terdapat penambahbaikan yang progresif terhadap flat sewa, yang menyaksikan peningkatan reka bentuk sambil menyediakan persekitaran hidup yang lebih baik untuk penyewa.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata blok sewa yang dibina sejak 2007 direka dengan menerapkan pencahayaan semula jadi dan pengudaraan yang lebih baik di dalam unit dan di koridor.

Ini selain flat sewa awam yang dibina bersama flat yang dijual di bawah blok bersepadu seperti di Marsiling Greenview dan West Plains @ Bukit Batok.

“Jika dilihat dari luaran, flat sewa awam kelihatan tidak berbeza dengan flat yang dijual. Di bahagian dalaman, mereka mempunyai kemasan dan kelengkapan yang sama seperti flat dua bilik Flexi yang dijual,” katanya.

Dr Faishal menegaskan pendekatan ini diambil kerana “mempunyai pergaulan sosial yang baik merupakan objektif utama program perumahan awam kami”.

Bagi memahami kesan reka bentuk bersepadu ini, Dr Faishal berkata HDB telah menjalankan kajian dengan Universiti Nasional Singapura (NUS), di mana ia mendapati ciri reka bentuk memainkan peranan dalam menggalakkan interaksi dan hubungan antara pemilik dengan penyewa.

Kajian itu juga mendapati bahawa pemilik dan penyewa berkongsi persepsi yang sama tentang persekitaran kediaman mereka seperti menjaga kebersihan ruang koridor yang dikongsi.

“Kami rasa amat menggalakkan dengan penemuan ini, dan akan menggunakannya untuk reka bentuk blok bersepadu masa depan,” kata Dr Faishal.

Menjawab kebimbangan mengenai ruang dan privasi, Dr Faishal berkata pemerintah turut sama berkongsi pandangan Cik Tan tentang menyediakan persekitaran tempat tinggal yang baik untuk keluarga sewa yang mempunyai anak kecil.

Justeru, terdapat usaha untuk menangani perkara ini dan penambahbaikan lanjut akan dilakukan terhadap reka bentuk rumah flat bagi membantu menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk keluarga yang mempunyai anak kecil, tambahnya.

Dalam memastikan keluarga mencapai mobiliti sosial dan warga emas meniti usia dengan lebih baik, walaupun mereka tinggal di rumah sewa awam, Dr Faishal berkata perkakasan sahaja tidak mencukupi.

Terdapat keperluan untuk menggandingkannya dengan sokongan sosial dan pengaturcaraan yang baik selain membuat usaha bersepadu dalam menangani keperluan dan aspirasi isi rumah secara holistik.

Beliau memberi contoh bagaimana untuk keluarga dengan anak kecil yang tinggal di rumah flat sewa awam, agensi pemerintah dan rakan kongsi masyarakat bekerja rapat melalui program ComLink+ untuk menyediakan sokongan yang diselaraskan dan membangunkan matlamat dan pelan tindakan bagi mencapai keperluan dan aspirasi mereka sekeluarga.

Apabila keluarga ini mencapai kestabilan dari segi kewangan mereka, Dr Faishal berkata lebih banyak sokongan akan diberikan kepada mereka untuk merealisasikan impian memiliki rumah sendiri. 

“Terdapat juga Pasukan Sokongan Pemilikan Rumah yang khas di HDB, yang akan memberikan panduan kepada penyewa dalam perjalanan membeli rumah mereka.

“Pasukan itu akan berkongsi petua dan nasihat praktikal mengenai bajet dan pilihan perumahan mereka, dan membimbing keluarga melalui proses pemilihan flat, permohonan dan tempahan,” ujarnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >