Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Christopher de Souza tidak bersalah atas tuduhan salah laku profesional: Mahkamah

Jul 31, 2023 | 06:11 PM



Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Christopher de Souza, telah dibebaskan daripada tuduhan salah laku profesional sebagai peguam pada Isnin.

Keputusan oleh Mahkamah Tiga Hakim itu dibuat selepas Persatuan Undang-Undang berhujah supaya dia digantung selama empat tahun.

Encik de Souza, 47 tahun, merupakan Timbalan Speaker Parlimen dan AP GRC Holland-Bukit Timah.

Beliau dihadapkan ke mahkamah oleh Persatuan Undang-Undang yang menghendaki prosiding tatatertib dijalankan ke atasnya.

Peguamnya, sebaliknya, menggesa mahkamah membebaskannya daripada pertuduhan itu, dengan alasan bahawa Persatuan Undang-Undang terus menerus mengemukakan kes salah sangka terhadap Encik de Souza, yang merupakan rakan kongsi di firma guaman Lee & Lee.

Mahkamah, yang terdiri daripada Hakim Belinda Ang, Hakim Woo Bih Li dan Hakim Kannan Ramesh, berkata Persatuan Undang-Undang gagal membuktikan kesalahan melampaui keraguan munasabah bahawa Encik de Souza berhasrat membantu anak guamnya menyekat bukti.

Encik de Souza didapati bersalah oleh tribunal tatatertib dua anggota pada 2022 kerana membantu anak guamnya menyekat bukti dengan menyediakan dan memfailkan afidavit yang tidak mendedahkan anak guamnya telah melanggar akujanji untuk tidak menggunakan dokumen tertentu.

Kes itu berkaitan dengan kelakuannya semasa dia bertindak untuk Amber Compounding Pharmacy dan Amber Laboratories.

Amber, yang pada mulanya diwakili oleh firma guaman lain, telah diberikan perintah mahkamah untuk menjalankan pencarian dokumen, dengan syarat ia memberi aku janji untuk tidak menggunakan dokumen yang dirampas tanpa perintah lanjut.

Bagaimanapun, Amber menggunakan beberapa dokumen untuk membuat laporan kepada pelbagai pihak berkuasa.

Lee & Lee kemudian mengambil alih saman sivil, dan Encik de Souza menasihatkan Amber untuk memohon kebenaran mahkamah untuk menggunakan dokumen tersebut.

Pada Isnin, Encik Madan Assomull, yang mewakili Persatuan Undang-Undang, berhujah bahawa Encik de Souza mengetahui tentang pelanggaran itu tetapi gagal mendedahkannya dalam afidavit wakil syarikat yang difailkan untuk menyokong permohonan itu.

Encik Assomull berhujah terdapat niat yang disengajakan untuk membuat afidavit itu samar-samar. Beliau juga berhujah bahawa Encik de Souza membuat keputusan yang dipertimbangkan untuk tidak mempamerkan laporan dalam afidavit itu.

Peguam Encik de Souza, Peguam Kanan Encik Tan Chee Meng, berhujah afidavit itu mendedahkan bahawa Amber telah menggunakan dokumen itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >