Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

PM cadang calonkan Seah Kian Peng sebagai Speaker Parlimen

Jul 21, 2023 | 03:03 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong bercadang mencalonkan Encik Seah Kian Peng sebagai Speaker Parlimen seterusnya, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Encik Seah, 61 tahun, ialah Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Marine Parade. Beliau telah menyandang jawatan Timbalan Speaker antara 2011 dengan 2016.

Peranan Speaker kini kosong, menyusuli peletakan jawatan Encik Tan Chuan-Jin pada Isnin berkaitan hubungan sulit dengan mantan AP GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui, yang turut meletak jawatan.

Timbalan Speaker Cik Jessica Tan kini memangku jawatan Speaker.

Encik Lee akan mencalonkan Speaker baru itu di sidang Parlimen yang akan bermula pada 2 Ogos.

Pada sidang yang sama, beliau akan menyampaikan kenyataan menteri.

Encik Lee berkata pada Isnin bahawa peletakan jawatan Encik Tan dan Cik Cheng adalah perlu untuk mengekalkan standard kesesuaian tatasusila dan kelakuan peribadi yang tinggi yang ditegakkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) selama ini.

Dalam satu sidang media pada Isnin, Encik Lee berkata beliau mendapat tahu tentang “hubungan yang tidak wajar” antara Encik Tan dengan Cik Cheng selepas Pilihan Raya Umum 2020 dan memberi kaunseling kepada mereka berdua – yang terkini pada Februari 2023.

Tetapi beliau mendapat maklumat baru-baru ini yang kuat menggambarkan bahawa hubungan itu masih diteruskan.

“Saya rasa tidak wajar bagi seorang Speaker menjalinkan hubungan dengan seorang daripada Anggota Parlimen... Ia tidak wajar, ia tidak boleh diterima,” katanya.

Di sidang pertama Parlimen ke-14 menyusuli Pilihan Raya Umum 2020, Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, telah mengusulkan supaya Encik Tan menjadi Speaker, yang disokong AP Potong Pasir, Encik Sitoh Yih Pin.

Setiausaha Dewan Parlimen kemudian mengisytiharkan Encik Tan sebagai Speaker Parlimen.

Encik Tan kemudian mengangkat sumpah setia dan menyandang Kerusi Dewan.

Apakah tugas Speaker?

Menurut laman web Parlimen, Speaker mempengerusikan Sidang Dewan dan menguatkuasakan peraturan yang ditetapkan untuk menjalankan urusan Parlimen dengan teratur.

Dipilih pada pelantikan Parlimen baru oleh AP, Speaker adalah seorang AP atau tidak semestinya seorang AP, tetapi mesti mempunyai kelayakan untuk bertanding sebagai AP, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Parlimen.

Laman web menyatakan bahawa dalam menjalankan tugas di Dewan, Speaker mesti tidak berpihak dan adil kepada semua AP.

Speaker menyelia dan menguatkuasakan peraturan perbahasan, memutuskan siapa yang mempunyai hak bercakap dan mengetengahkan soalan untuk Dewan berdebat dan mengundi.

Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan Dewan, tetapi boleh menahan diri atau mengundi untuk atau terhadap usul, jika beliau mempunyai undi asal sebagai anggota yang dipilih. Speaker tidak mempunyai undi pemutus.

Speaker juga bertindak sebagai wakil Dewan dalam hubungan dengan Parlimen lain dan badan luar.

Beliau mengalu-alukan orang kenamaan yang melawat dan mewakili Parlimen di acara-acara kebangsaan dan semasa lawatan rasmi ke luar negara.

Speaker secara keseluruhan bertanggungjawab terhadap pentadbiran Parlimen dan sekretariat.

Speaker dibantu dua Timbalan Speaker, yang kini AP GRC Holland-Bukit Timah, Encik Christopher De Souza, dan AP GRC East Coast, Cik Jessica Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >