Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

31 Jul ditetap bagi keputusan kes disiplin profesional Christopher de Souza

Jul 25, 2023 | 06:21 PM



Peguam dan Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Christopher de Souza, akan menghadap Mahkamah Tiga Hakim pada 31 Julai apabila mahkamah itu memberi keputusan berkenaan prosiding disiplin profesional terhadapnya.

Mahkamah itu, yang merupakan badan disiplin tertinggi bagi bidang undang-undang, mempunyai kuasa untuk melupuskan pentauliahan, menggantung atau mendenda seorang peguam yang melakukan salah laku profesional.

Mahkamah juga boleh membebaskan seorang peguam daripada tuduhan tersebut.

Pada 2022, Encik de Souza, yang merupakan Timbalan Speaker Parlimen dan AP GRC Holland-Bukit Timah, didapati bersalah atas pertuduhan salah laku oleh tribunal disiplin bebas.

Tribunal dua anggota itu berkata Encik de Souza tidak membuat pendedahan penuh dan terus terang kepada mahkamah apabila beliau menyedari anak guamnya telah melanggar perjanjian untuk tidak menggunakan dokumen yang dirampas.

Tribunal itu berkata beliau membantu anak guamnya menyekat bukti dengan menyediakan dan memfailkan afidavit yang tidak mendedahkan anak guam itu telah melanggar perjanjian.

Pertuduhan itu adalah satu daripada lima yang dikemukakan terhadapnya oleh Persatuan Undang-Undang Singapura berkaitan kelakuannya semasa beliau mewakili Amber Compounding Pharmacy dan Amber Laboratories; empat pertuduhan lain telah ditolak oleh tribunal.

Peguamnya menyatakan pada 6 Disember 2022 bahawa mereka akan berhujah di hadapan mahkamah bahawa satu pertuduhan juga harus diketepikan.

Jawatankuasa siasatan yang bersidang pada 13 Januari 2021 mendapati Encik de Souza tidak menjalankan tanggungjawab utamanya terhadap mahkamah, dan mengesyorkan beliau didenda $2,000.

Namun begitu, majlis Persatuan Undang-Undang tidak bersetuju dan memohon kepada Ketua Hakim supaya tribunal disiplin dilantik bagi menyiasat perkara itu secara rasmi.

Tribunal itu, yang terdiri daripada Peguam Kanan N. Sreenivasan dan Encik Pradeep Pillai, telah dilantik oleh Ketua Hakim pada 19 November 2021. Keterangan telah didengar selama lima hari pada April 2022.

Dalam laporannya, tribunal menerima bahawa Encik de Souza telah cuba memujuk anak guam untuk membuat pendedahan penuh.

Tetapi ia berkata kelakuan anak guam itu tidak membebaskan peguam itu daripada dipersalahkan atas kegagalannya sendiri membuat pendedahan sedemikian.

Tribunal mendapati terdapat sebab yang cukup serius untuk Encik de Souza menghadapi sekatan disiplin di hadapan Mahkamah Tiga Hakim atas satu pertuduhan.

Hakim Belinda Ang, Hakim Woo Bih Li dan Hakim Kannan Ramesh akan mendengar kes itu.

Encik de Souza diwakili oleh Peguam Kanan Tan Chee Meng dan Encik Calvin Ong, manakala Persatuan Undang-Undang diwakili oleh Encik Madan Assomull.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >