Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COC laksana amalan pendedahan baru bagi rayuan kumpul dana awam mulai 9 Okt

Sep 08, 2023 | 03:50 PM



Pesuruhjaya Pertubuhan-Pertubuhan Amal (COC) akan melaksanakan Rejim Pendedahan untuk Rayuan Pengumpulan Dana Awam, berkuat kuasa 9 Oktober 2023.

Rejim tersebut bertindak sebagai pelindung kepada orang ramai untuk membuat keputusan termaklum sebelum menderma dan pada masa yang sama memperkemas proses bagi badan amal.

Peraturan pendedahan baru itu termasuk keperluan bagi pengumpul dana amal mendedahkan butiran rayuan pengumpulan dana awam mereka di Portal Amal di www.charities.gov.sg.

Pendedahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tujuh hari bekerja sebelum permulaan rayuan dan maklumat itu akan disediakan di Portal Amal.

Ini akan membolehkan orang ramai mengesahkan kesahihan pengumpulan derma tersebut, jelas Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 8 September.

Selain itu, pengumpul dana diharuskan mempunyai pengenalan yang jelas semasa pengumpulan derma, seperti surat rasmi daripada badan amal atau pemegang permit Pengumpulan Dana untuk Tujuan Amal Asing (FRFCP).

COC berkata ia akan melaksanakan rejim tersebut bagi badan amal berdaftar dan dikecualikan di bawah Akta Amal 1994, dan pemegang permit FRFCP yang diluluskan oleh COC.

Buat masa ini, semua pengumpulan derma rumah ke rumah atau di jalanan, termasuk yang dilakukan bagi pengumpulan dana amal, memerlukan lesen daripada Polis atau permit daripada Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS).

Ini bererti pengumpul dana amal tertakluk kepada peraturan dan keperluan di bawah kedua-dua Akta Amal dan Akta Kutipan Rumah ke Rumah dan di Jalanan (HHSC).

“Dengan landskap amal yang semakin matang, rejim yang disemak ini berusaha memastikan ketelusan dan perlindungan akauntabiliti yang sesuai untuk membantu orang ramai membuat keputusan termaklum mengenai derma mereka, sambil memperkemas proses dan mengurangkan beban pentadbiran ke atas badan amal yang jujur dan pengumpul dana,” jelas MCCY.

Ini adalah selaras dengan usaha Singapura saban tahun untuk mengukuhkan dan menggalakkan tadbir urus yang baik dalam sektor amal, tambahnya.

Namun, jika perlu, tindakan penguatkuasaan boleh diambil COC terhadap mana-mana rayuan yang tidak wajar, kegagalan mematuhi keperluan pendedahan dan pengenalan baru, atau mereka yang dengan sengaja memberi pendedahan yang tidak tepat.

Pelaksanaan rejim baru itu dibuat berikutan latihan perundingan awam dalam talian pada Mei 2022 untuk mendapatkan maklum balas mengenai cadangan perubahan kepada rejim tersebut.

Latihan itu telah mendapat lebih 200 respons.

COC juga telah mengadakan sesi perbincangan kumpulan fokus mengenai rejim yang disemak dengan lebih 40 wakil amal. Ia berkata rata-rata terdapat sokongan umum terhadap perubahan yang dicadangkan itu.

Dalam pada itu, COC berkata ia komited memastikan kepercayaan orang ramai terhadap sektor amal Singapura dipertahan dan penderma terus mempunyai peluang menderma dengan selamat kepada tujuan yang mereka sokong.

Sementara itu, ramai tidak seharusnya berasa tertekan untuk memberi jika mereka mempunyai kebimbangan atau mengesyaki bahawa rayuan untuk derma adalah tidak sah, kata MCCY.

Jika terdapat sebarang kebimbangan serius mengenai aktiviti pengumpulan dana amal yang mencurigakan, orang ramai boleh melaporkan perkara itu kepada COC di mccy_charities@mccy.gov.sg.

Jika penipuan disyaki, orang ramai patut membuat laporan polis dengan segera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >