Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

CPIB pasti fakta lebih lengkap sebelum dedah Iswaran ditangkap: Chun Sing

Aug 02, 2023 | 08:18 PM



Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) tidak mendedahkan penangkapan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran lebih awal kerana mahu mendapatkan fakta lebih lengkap mengenai kes itu.

Menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, biro tersebut ingin mendengar keterangan Encik Iswaran terlebih dahulu sebelum mendedahkan butiran lanjut mengenai penglibatannya.

Encik Chan berkata demikian dalam memberikan responsnya di Parlimen pada Rabu terhadap pertanyaan yang dikemukakan beberapa Anggota Parlimen (AP) berkaitan urutan kejadian dalam kes tersebut.

CPIB mendedahkan pada 12 Julai bahawa Encik Iswaran sedang membantu dalam kes yang sedang disiasatnya.

Namun, ia hanya mengumumkan dua hari kemudian bahawa Encik Iswaran dan Pengarah Urusan Hotel Properties Limited, Encik Ong Beng Seng, diberkas CPIB pada 11 Julai.

Menurut Encik Chan, langkah CPIB untuk tidak mendedahkan nama individu yang sedang disiasat atau telah diberkas merupakan sebahagian pertimbangan operasi biro itu.

“Terdapat sebab yang munasabah (di sebalik pertimbangan ini). Katakanlah individu tersebut ditangkap dan disiasat, jika didedahkan terus bahawa individu itu sedang disiasat atau telah diberkas, ia mungkin menimbulkan prejudis terhadap individu itu.

“Ini akan menimbulkan tanggapan bahawa individu tersebut bersalah, meskipun siasatan lanjut mungkin mendapati beliau tidak bersalah,” kata Encik Chan, yang juga merupakan Menteri Pendidikan.

Tambahnya, maklumat yang didedahkan agensi penguatkuasaan undang-undang, termasuk CPIB, dibuat berdasarkan pertimbangan terhadap keperluan operasi kes tertentu, ini termasuk dalam memelihara integriti bukti, maklumat sulit dalam siasatan yang sedang dijalankan serta kesan terhadap pihak lain.

Semasa sesi Parlimen itu, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai dan AP Parti Pekerja (WP), Encik Louis Chua (GRC Sengkang) bertanya sama ada CPIB terikat untuk memohon persetujuan Perdana Menteri untuk membuka siasatan bagi jenayah yang disyaki dan dibongkarnya.

Memberikan responsnya terhadap pertanyaan itu, Encik Chan berkata biro itu “bertindak secara bebas” dan tidak memerlukan persetujuan Perdana Menteri untuk menjalankan siasatannya.

Ini meskipun CPIB membuat laporan secara langsung kepada Perdana Menteri, tambahnya.

“Dalam kes ini, ia memberitahu Perdana Menteri dan meminta persetujuannya untuk memulakan siasatan rasmi berkaitan Encik Iswaran memandangkan siasatan tersebut melibatkan menteri Kabinet.

“Perdana Menteri juga telah memberikan persetujuannya dalam tempoh sehari selepas menerima laporan daripada pengarah CPIB,” ujar Encik Chan.

Encik Chan turut memberikan responsnya kepada soalan berkaitan Kod Tatalaku Perkhidmatan Awam yang dikemukakan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang), Encik Dennis Tan (Hougang), dan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied).

Ini termasuk persoalan mengenai saluran bagi para pegawai awam melaporkan tentang sebarang salah laku dan melindungi pihak yang membuat laporan.

Menurutnya, kod tersebut menetapkan prinsip dan peraturan yang mesti dipatuhi para pegawai perkhidmatan awam, dan ia diperbaharui bagi memastikan Perkhidmatan Awam dapat mengekalkan prestasinya yang baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >