Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan The Economist persoal kebebasan CPIB beri gambaran salah: Pesuruhjaya Tinggi S’pura ke Britain

Jul 28, 2023 | 09:19 PM



Laporan akhbar Britain The Economist yang berkata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura tidak boleh bertindak bebas kerana ia lapor kepada Perdana Menteri telah memberi gambaran yang salah.

Malah, tuduhan yang mempersoalkan kebebasan CPIB boleh dianggap “amat menyinggung perasaan dan tidak berasas” oleh ramai warga Singapura, kata Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke United Kingdom, Encik Lim Thuan Kuan dalam suratnya kepada The Economist pada Jumaat.

Ini setelah The Economist, pada 27 Julai, menerbitkan rencana bertajuk ‘A slew of scandals puts Singapore’s government on the back foot’, yang membuat tuduhan bahawa CPIB tidak boleh bertindak bebas kerana ia lapor kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang melantik ketuanya.


Ini adalah gambaran salah tentang prosesnya kerana CPIB tidak memerlukan keizinan perdana menteri untuk siasatannya, kata Encik Lim.

Merujuk kepada kes Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, yang sedang disiasat CPIB, beliau berkata: “Ia (CPIB) mendapatkan persetujuan beliau (Encik Lee) sebelum memulakan siasatan rasmi ke atas Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran kerana ia melibatkan Menteri Kabinet. Perdana Menteri telah bersetuju dalam tempoh sehari menerima laporan pengarah CPIB.”

Beliau menekankan bahawa belum ada perdana menteri di Singapura yang menghalang siasatan CPIB, malah biro itu masih boleh teruskan siasatan tanpa keizinan perdana menteri asalkan ia dipersetujui presiden.

Ini, katanya, adalah peruntukan perlembagaan yang unik kepada demokrasi gaya Westminster.

Terdapat juga perlindungan bagi pelantikan atau penyingkiran pengarah CPIB yang memerlukan persetujuan presiden, kata Encik Lim.

Menyentuh tentang siasatan yang dijalankan ke atas Encik Iswaran, Encik Lim berkata dapatannya akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) yang akan menentukan apa langkah selanjutnya.

“Begitulah reputasi menggerunkan CPIB terhadap ketelitian, hanya segelintir warga Singapura yang meragukan kemampuannya untuk menangani sebarang kes rasuah untuk mencapai kesimpulan logik,” katanya.

Beliau turut menarik perhatian kepada kes banglo Ridout Road melibatkan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan di mana Encik Lee sendiri yang menyuruh CPIB membuat siasatan yang akhirnya tidak menemui bukti kesalahan atau rasuah.

Ia dipersetujui AGC dan diterima ketua pembangkang, Encik Pritam Singh.

Encik Lim dalam suratnya turut membuat perbandingan kepada Scotland Yard - ibu pejabat polis metropolitan di London - di mana ketuanya dilantik atas nasihat Setiausaha Dalam Negeri UK, dengan perundingan Mayor London.

Beliau mempersoalkan, “Adakah Economist mencadangkan bahawa ketua Scotland Yard tidak bebas...?”

Encik Lim kemudian berkata bahawa Singapura secara konsisten telah berada dalam kedudukan tinggi dalam Indeks Persepsi Rasuah, malah dalam senarai terkini, Singapura berada dalam kedudukan lebih tinggi - tempat kelima - berbanding UK - tangga ke-18.

“Perdana Menteri – serta penggantinya, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong – sama bertekad seperti pemimpin terdahulu mereka untuk siasat sebarang kes rasuah, tidak kira siapa yang terlibat, dengan teliti dan telus. Warga Singapura mahupun pelabur asing boleh yakin dengan perkara ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >