Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cukai atas untung pelupusan sumber asing mulai 1 Jan 2024

Oct 04, 2023 | 02:23 PM



Keuntungan pelupusan sumber asing di sini akan dikenakan cukai mulai 1 Januari 2024, jika diterima oleh entiti kumpulan perusahaan berbilang negara yang tidak mempunyai bahan ekonomi di sini.

Perubahan ini berikutan cadangan pindaan kepada rejim cukai pendapatan Singapura yang diluluskan di Parlimen pada Selasa.

“Ini bagi menangani risiko mengelak cukai antarabangsa berkaitan keuntungan pelupusan yang tidak dikenakan cukai jika tiada sebarang aktiviti ekonomi sebenar,” kata Menteri Negara Kanan (Kewangan), Encik Chee Hong Tat.

Menurut Encik Chee, langkah ini tujuannya bukan untuk mengenakan cukai ke atas keuntungan modal di Singapura.

“Sebaliknya, kami mewujudkan langkah ini sebagai sebahagian daripada dasar kami untuk menyelaraskan bidang utama rejim cukai kami dengan norma antarabangsa,” katanya.

Langkah untuk mengenakan cukai keuntungan pelupusan sumber asing adalah konsisten dengan piawaian antarabangsa, lapor The Straits Times.


Ini termasuk peraturan terhadap amalan cukai berbahaya yang dipersetujui di bawah Rangka Kerja Inklusif mengenai Hakisan Pangkalan dan Peralihan Keuntungan, di mana Singapura merupakan ahli, serta Panduan Kesatuan Eropah mengenai Rejim Pengecualian Pendapatan Bersumber Asing.

“Kami tidak menjangkakan perubahan baru ini akan memberi kesan buruk kepada ekonomi kerana tumpuan kami sentiasa berdasarkan pada menarik dan menumpukan aktiviti ekonomi sebenar di Singapura.

“Sesetengah perniagaan, bagaimanapun, mungkin menghadapi peningkatan keperluan penyimpanan rekod. Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) akan bekerjasama rapat dengan industri untuk meminimumkan beban pematuhan yang timbul daripada perubahan baru ini,” kata Encik Chee.

Beberapa anggota parlimen, termasuk Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Cik Usha Chandradas, yang terlatih sebagai peguam cukai, dan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio), meminta penjelasan mengenai definisi bahan ekonomi.

Dalam jawapannya, Encik Chee berkata, cukai yang dikenakan akan bergantung pada fakta setiap kes.

“Memandangkan amalan perniagaan adalah berlainan dalam industri yang berbeza, tidak mungkin kita tetapkan ujian kuantitatif,” katanya.

Namun, Iras akan mengambil kira keadaan khusus sektor masing-masing dalam mentadbir peraturan baru itu.

Iras akan menerbitkan panduan industri tentang cara ia menilai bahan ekonomi yang mencukupi menjelang akhir 2023.

Peraturan yang lebih ketat juga akan digunakan bagi keuntungan pelupusan yang timbul daripada hak harta intelek, disebabkan mobiliti yang lebih tinggi bagi aset tersebut.

Mengenai perkara ini, Encik Chee berkata Singapura akan menerima pakai pendekatan perhubungan ubah suai yang dipersetujui di peringkat antarabangsa, satu piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >