Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Forum Bersamamu bertemakan ‘Setia Pada Yang Satu’ anjuran ROMM antara langkah perkukuh institusi perkahwinan Melayu/Islam

Curang punca terbesar perceraian pasangan Muslim: Faishal

Sep 15, 2023 | 07:45 PM



Pasangan suami isteri bukan harus memberi tumpuan pada peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam mengukuhkan rumah tangga sahaja, bahkan menitikberatkan kesetiaan kepada satu sama lain.

Ini kerana perangkaan menunjukkan punca terbesar perceraian pasangan Islam di sini ialah kecurangan.

Itu antara intipati perbincangan Forum Bersamamu anjuran Pejabat Pernikahan Orang Islam (ROMM) bertemakan ‘Setia Pada Yang Satu’ di Auditorium Masjid Sultan pada Jumaat (15 Sep), yang bertujuan memberi sokongan kepada pengukuhan perkahwinan.


Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, juga menekankan hal itu dalam ucapannya.

“Dua bulan lalu, Jabatan Statistik mengumumkan sebab utama perceraian berlaku dalam perkahwinan Muslim pada 2021 dan 2022 ialah kecurangan,” ujarnya.

Beliau juga berkata penggunaan media sosial dan keupayaannya yang semakin canggih memberi peluang kepada pengguna berkenalan di pelbagai wadah.

“Kerana itu, bukan sahaja senang untuk berkenalan, media sosial juga memudahkan lagi perbuatan curang,” kata Dr Faishal.

Beliau berharap forum sebegitu dapat mengupas isu kecurangan dan cara mengatasinya melalui perbincangan yang diadakan.

“Bagaimanakah kita boleh setia kepada pasangan kita? Saya percaya ahli panel kita akan berkongsi nasihat yang baik tentang cara untuk kita menjalankan tugas kita kepada satu sama lain dan untuk menunjukkan kasih sayang dan belas kasihan kepada pasangan kita,” katanya.

Semasa forum itu, mantan mufti Singapura, Ustaz Dr Fatris Bakaram, dan pakar isu kekeluargaan, Cik Hamidah Bahashwan, berkongsi pendapat dan membincangkan cara bagi pasangan mengeratkan lagi hubungan mereka.

Cik Hamidah berkongsi: “Apabila orang itu kurang percaya dan yakin pada diri sendiri atau pun kurang memahami kehendak dan keperluan pasangan, ia mungkin menjadi penyebab untuk seseorang itu curang. 

Ustaz Fatris Bakaram pula antara lain berkata: “Bagi saya, bila kita ingin mencari inspirasi dari agama, kita harus berhati-hati. Agama sepatutnya digunakan sebagai cara menangani masalah. Namun ada kalanya, agama digunakan sebagai alasan untuk terukkan masalah.”

Turut hadir di forum itu ialah Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat Abdul Rahman,

Dr Faishal berharap usaha yang dilakukan ROMM itu dapat membantu pasangan Melayu/Islam memperkukuh jalinan ikatan keluarga dan berdaya tahan.

“Lebih 23,000 pasangan telah menjalani program Bersamamu sejak permulaannya pada Julai 2019. Baru-baru ini, jaringan sokongan, atau ‘support network’, bagi pasangan-pasangan kita diperluaskan lagi. Saya menggesa setiap pasangan supaya mendapatkan bantuan awal, jika ia menjadi keperluan.


“Bantuan tersedia di masjid-masjid berdekatan. Para pegawai agama masjid, ataupun MRO, telah menjalani kursus untuk membantu pasangan, dan di mana kemampuan mereka terhad, pasangan akan dirujukkan kepada pakar khusus,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >