Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah rekod lebih 29,000 pasangan kahwin pada 2022, perceraian berkurang

Jul 26, 2023 | 04:43 PM



Seramai 29,389 pasangan berkahwin di Singapura pada 2022 – paling banyak sejak data mengenai perkahwinan mula disusun dan diterbitkan pada 1961.

Bilangan pasangan yang bercerai atau membubarkan perkahwinan mereka pada 2022 pula berkurangan, iaitu sebanyak 7,107 berbanding 7,890 pada 2021.

Penceraian atau pembubaran perkahwinan sebelum ulang tahun ke-10 perkahwinan juga berkurangan.

Menurut laporan Statistik Perkahwinan dan Perceraian 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan pada Rabu, bilangan perkahwinan yang didaftarkan di Singapura pada 2022 adalah 3.7 peratus lebih tinggi daripada 28,329 perkahwinan yang didaftarkan pada 2021.

Paras tertinggi sebelum ini ialah 28,407 yang dicatat pada 2014.

Peningkatan itu dipacu kenaikan bilangan perkahwinan sivil, daripada 22,101 pada 2021 kepada 23,379 pada 2022.

Perkahwinan pasangan Muslim berkurangan daripada 6,228 kepada 6,010 dalam tempoh sama.

Pasangan juga didapati berkahwin pada umur lebih lanjut.

Usia median pengantin lelaki dalam perkahwinan pertama ialah 30.7 tahun pada 2022, naik daripada 30.1 tahun sedekad lalu.

Bagi pengantin perempuan, ia naik daripada 28 tahun pada 2012 kepada 29.3 tahun pada 2022.

Bilangan 7,107 perkahwinan yang berakhir dengan perceraian atau pembubaran pada 2022 adalah 9.9 peratus kurang berbanding pada 2021.

Bilangan pembubaran perkahwinan sivil berkurangan daripada 6,123 pada 2021 kepada 5,602 pada 2022.

Bilangan perceraian pasangan Islam pula berkurangan daripada 1,767 kepada 1,505 dalam tempoh sama.

Jabatan Perangkaan berkata penurunan itu sebahagiannya disebabkan penutupan khidmat mahkamah di Mahkamah Syariah dari 18 November hingga 4 Disember 2022 untuk membuat persiapan bagi pelaksanaan perkhidmatan perceraian dalam talian baru.

Perceraian pada 2022 didapati berlaku pada tempoh median perkahwinan 10.9 tahun, lebih lama dari 10.3 tahun pada 2012.

Tempoh perkahwinan didapati lebih lama bagi perceraian sivil, iaitu 11.8 tahun berbanding 8.1 tahun bagi perceraian Muslim.

Sementara itu, kadar pembubaran perkahwinan sebelum ulang tahun ke-10 perkahwinan didapati telah berkurangan dalam kalangan pasangan yang berkahwin selepas 2005.

Perkadaran perkahwinan yang dibubarkan sebelum ulang tahun ke-10 turun daripada 17.0 peratus bagi kohort perkahwinan 2005 kepada 14.5 peratus untuk kohort perkahwinan 2011.

Perkadaran perkahwinan yang dibubarkan didapati paling tinggi antara ulang tahun kelima dengan sebelum ulang tahun ke-10 berbanding tempoh lima tahun lain.

Perceraian sivil dan Muslim paling banyak berlaku pada usia perkahwinan antara lima dengan sembilan tahun, iaitu masing-masing 27.8 peratus dan 30.2 peratus.

Ini diikuti oleh usia perkahwinan 10 hingga 14 tahun bagi perceraian sivil, iaitu 19.5 peratus, dan kurang lima tahun bagi perceraian Muslim, iaitu 29.2 peratus.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam satu kiriman Facebook berkata pemerintah akan terus membantu pasangan untuk membina keluarga yang lebih kukuh dan berkekalan.

“Lebih 22,000 pasangan Islam telah meraih manfaat daripada program Bersamamu,” katanya, merujuk kepada program yang menyokong perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak.


“Kadi dan naib kadi kita bekerja rapat dengan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) untuk memberi sokongan kepada pasangan kami,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >