Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dadah kian mudah diperolehi, S'pura perlu waspada

Shanmugam perjelas mengapa negara ini perlu undang-undang, penguatkuasaan ketat terhadap pengedaran, salah guna dadah
Sep 30, 2022 | 05:30 AM



DADAH kini semakin mudah diakses dan banyak terdapat di rantau kita.



Jika Singapura tidak berhati-hati, negara ini boleh dibanjiri dengan dadah kerana ia terdapat di sekeliling negara jiran, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



Dalam ucapannya di Sidang Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) mengenai Pemulihan dan Penolakan daripada Penyalahgunaan Dadah semalam, Encik Shanmugam berkata Singapura memerlukan undang-undang dan penguatkuasaan ketat terhadap pengedaran dadah.



Ini berdasarkan pengalaman negara-negara yang telah melonggarkan undang-undang mereka atau mengesahkan penggunaan dadah.



Memetik contoh terkini di Thailand di mana pengambilan secara rekreasi ganja dibenarkan, Encik Shanmugam berkata agensi kerajaan yang berbeza di negara itu kini tergesa-gesa untuk melaksanakan undang-undang tertentu untuk mengawal keadaan.



Dalam tempoh dua bulan sejak penggunaan ganja secara rekreasi dibenarkan, terdapat laporan belia yang berhalusinasi dan mencederakan diri mereka selepas mengambil rokok ganja dan ia mengakibatkan sekurang-kurangnya satu kematian. Seorang budak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan telah makan biskut yang mempunyai ganja.



"Di Singapura, dasar kita berasaskan bukti dan sains. Sains dengan jelas menunjukkan ganja adalah berbahaya dalam tempoh pendek dan sederhana,'' kata Encik Shanmugam, semasa sidang yang pertama kali dianjurkan oleh Sana sempena ulang tahun ke-50-nya di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) semalam.



Pada 2015, kajian Institut Kesihatan Mental (IMH) menunjukkan pengambilan ganja mempunyai kaitan kerosakan otak, pengecutan otak, penyakit mental dan psikiatri yang serius.



Dalam satu lagi kajian yang diterbitkan oleh Lancet Psychiatric Journal pada 2019, ia mendapati bahawa terdapat hubungan ganja bersama psikosis dan skizofrenia.



"Ini adalah kesan yang sangat serius.



"Sebaliknya saya tidak mempunyai bukti saintifik yang menunjukkan keselamatan dan keberkesanan penggunaan ganja mentah, atau keupayaannya untuk merawat keadaan tertentu,'' tambahnya.



Sekiranya terdapat syarikat farmaseutikal yang cuba untuk mengeluarkan ganja secara besar-besaran untuk kegunaan rekreasi, ia adalah untuk sebab berlainan.



"Mereka didorong oleh keuntungan," katanya sambil menambah bahawa ubat berasaskan cannabinoid hanya dibenarkan berdasarkan kes demi kes.



Sehingga kini, Singapura telah membenarkan dua orang di sini untuk menggunakan produk farmaseutikal yang mengandungi cannabinoid sebagai ubat.



Pertama kali adalah pada Disember 2019 bagi seorang kanak-kanak perempuan dengan epilepsi yang tidak dapat dirawat oleh ubat lain dan juga pada Jun 2021 bagi seorang lagi pesakit muda yang mengalami keadaan yang sama.



Sementara itu, seorang lelaki yang membuat ancaman bom palsu dan menyerang kakitangan pesawat SIA kelmarin hanyalah satu contoh bahaya yang boleh berpunca daripada mengambil dadah, kata Encik Shanmugam.



Dalam kes itu, lelaki berusia 37 tahun itu - yang disyaki telah mengambil dadah terkawal - telah diberkas kerana dikatakan membuat ugutan semasa penerbangan pesawat SIA dari San Francisco ke Singapura.



Dadah memudaratkan bukan sahaja si penyalahguna tetapi juga orang di sekeliling mereka, tambahnya.



LAPORAN SELANJUTNYA: Program pemulihan dadah S'pura disesuaikan untuk penuhi pelbagai keperluan: Faishal 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >