Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar pengundi perlu disemak jelang 31 Julai

Jun 01, 2023 | 07:44 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengarahkan agar daftar pengundi disemak, dan semakan itu perlu diselesaikan pada atau sebelum 31 Julai 2023.

Semakan tersebut bertujuan memastikan maklumat terkini diperolehi, menurut kenyataan Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Khamis.

Individu yang memenuhi kriteria kelayakan pada 1 Jun 2023 akan disertakan namanya dalam daftar pengundi untuk menyertai pilihan raya akan datang.

Kriteria tersebut ialah: warga Singapura (pemegang NRIC warna merah jambu); usia tidak kurang 21 tahun; tidak dikecuali menjadi pengundi di bawah undang-undang yang berkuat kuasa; dan harus mempunyai alamat kediaman di Singapura.

Jika individu itu menetap di luar negara dan telah menukar alamat di kad pengenalan kepada alamat luar negara, mereka harus mempunyai alamat hubungan di Singapura yang didaftar dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) bagi tujuan mengundi.

Daftar pengundi yang telah dikemas kini akan dibuka untuk pemeriksaan awam pada Jun 2023.

Jabatan Pilihan Raya akan memberikan butiran lanjut mengenai cara rakyat Singapura boleh menyemak daftar pengundi apabila ia dibuka bagi pemeriksaan awam.

Di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen, daftar pengundi harus disemak tidak lebih daripada tiga tahun selepas pilihan raya umum yang terakhir. Ia juga memberi peruntukan untuk disemak dari masa ke semasa.

Dengan pengumuman Presiden Halimah Yacob pada Isnin bahawa beliau tidak akan bertanding untuk pemilihan semula, Pilihan Raya Presiden akan datang perlu diadakan sebelum penggalnya berakhir pada 13 September. Pilihan Raya Umum seterusnya pula perlu diadakan menjelang November 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >