Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0


PENGHORMATAN BAGI PRESIDEN HALIMAH YACOB

Presiden wanita pertama yang tidak segan bersuara, perjuangkan isu sosial

Legasi berterusan, cetus inspirasi bagi wanita yang ingin jadi pemimpin masa depan
May 31, 2023 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob mungkin merupakan presiden wanita pertama Singapura, namun legasinya ialah memastikan beliau bukanlah yang terakhir, kata presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim.

Berikutan pengumuman Puan Halimah pada Isnin bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang, ramai pemimpin masyarakat, pertubuhan, ahli politik dahulu dan sekarang serta orang awam, tidak henti memberi penghormatan dan menyampaikan rasa terima kasih terhadap dedikasi beliau sebagai Ketua Negara.

“Daripada penglibatan aktif beliau dalam pelbagai tujuan sosial kepada peranan penting yang telah beliau mainkan dalam mengumpul dana pemecah rekod semasa Cabaran Presiden, beliau telah menunjukkan komitmen padu bagi mewujudkan masyarakat lebih penyayang.

“Puan Halimah mungkin merupakan presiden wanita pertama Singapura tetapi legasinya ialah memastikan beliau bukanlah yang terakhir dengan mengukir jalan dan memberi inspirasi kepada wanita-wanita yang akan menjadi pemimpin masa depan,” kata Cik Hazlina.

Beliau menambah bahawa sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden, Puan Halimah telah memberi komitmen tidak berbelah bahagi untuk meminjamkan suara dan memberi ruang kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Beliau juga sering memperjuangkan perubahan pemikiran dan budaya bagi menyokong kemajuan kaum wanita.

Selain isu wanita, Puan Halimah juga sering memperjuangkan isu-isu sosial lain termasuk memperkasa golongan kurang upaya, menyokong pekerja lanjut usia, membangunkan masyarakat yang lebih inklusif digital dan menyokong para penjaga.

Jadual mingguannya padat dengan lawatan ke pelbagai agensi perkhidmatan sosial, pertubuhan bukan mencari untung serta syarikat yang mempromosikan tujuan yang disokongnya.

Beliau juga merupakan penyokong kuat pembangunan hubungan silang agama dan menggalakkan dialog pelbagai budaya.

Pada 2019, beliau mencadangkan Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) yang dianjurkan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.

Saban tahun, persidangan tersebut telah menyatukan orang ramai untuk membincangkan bersama pelbagai topik seperti agama, identiti dan perpaduan.

Puan Halimah juga tidak pernah segan berkongsi pandangannya berkenaan isu yang dekat di hati masyarakat.

Misalnya, ketika sekatan pandemik Covid-19 memaksa perniagaan dari rumah (HBB) berhenti menjalankan urus niaga buat seketika, Puan Halimah, dalam catatannya di Facebook ketika itu mendedahkan bahawa beliau sendiri telah bertahun menyokong HBB terutama semasa musim Raya.

Beliau juga bersuara bagi mangsa rogol dan meminta semakan semula undang-undang yang membenarkan perogol lelaki berumur lebih 50 tahun ke atas elak dirotan.

Dalam catatan Facebook pada Disember 2022, Puan Halimah menulis:

“Perogol tidak sepatutnya dapat mengelak daripada dirotan hanya kerana mereka berusia 50 tahun.

“Sungguh ironis bahawa mereka dapat melarikan diri daripada kesakitan akibat rotan sementara trauma teruk dan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki yang telah mereka lakukan dengan kejam kepada mangsa mereka akan bertahan seumur hidup.”

Menyentuh hal itu, pengamat politik Profesor Madya, Dr Eugene Tan dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU), berkata:

“Beliau telah mengekalkan keterbukaan dalam isu yang dekat dengan hatinya dan rasa keadilannya.

“Menyedari bahawa presiden yang dilantik tidak mewujudkan dasar... beliau tidak memaksa pandangannya diambil kira tetapi mempunyai kebolehan untuk menyediakan sesuatu yang boleh direnungkan melalui kenyataan ringkas tetapi tepat pada masanya.”

Selama enam tahun sebagai Presiden, Puan Halimah juga telah membuat Istana lebih mudah diakses warga Singapura.

Ini dilakukan melalui Picnic@Istana dan mewujudkan Taman Inklusif di Istana yang dibuka pada 2021 dan mempunyai laluan mesra kerusi roda bagi warga emas atau mereka yang kurang berupaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >