Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dakap pendigitalan sambil teroka Jejak Warisan Geylang Serai

Jun 03, 2022 | 05:30 AM



MAYOR Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, telah melancarkan inisiatif digital pertama bagi Geylang Serai berupa satu wadah bagi pengguna menjejaki tapak warisan kawasan tersebut.



Edisi digital Jejak Warisan Geylang Serai itu membolehkan warga emas meneroka tempat-tempat menarik di Geylang, sekali gus memberi peluang bagi warga emas mendakap pendigitalan.



Semasa dihubungi semalam, Encik Fahmi berkata:



"Edisi digital jejak ini menyasarkan warga emas serta keluarga dan rakan, selain ia juga satu peluang baik untuk warga emas mendakap pendigitalan.



"Ia juga diharap dapat meningkatkan kemahiran pengetahuan digital mereka semasa menggunakan elemen digital tersebut.



Menurutnya pelancaran edisi digital tersebut merupakan inisiatif digital pertama bagi Geylang Serai.



"Apabila dilaksanakan secara sepenuhnya, portal masyarakat Geylang Serai ini juga akan mempunyai acara-acara publisiti dan peluang untuk menyokong perniagaan dan masyarakat setempat.



"Saya harap kami dapat melancarkan lebih banyak inisiatif pendigitalan sedemikian di masa depan," tambah Encik Fahmi, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade.



Dilancarkan sempena sambutan tahunan Digital Sepanjang Hayat (DfL), edisi digital dalam bentuk laman web itu dianjur dan dikendalikan oleh Pemimpin Integrasi dan Pewarganegaraan (INC) Geylang Serai dan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Geylang Serai, dengan kerjasama Pejabat Digital SG (SDO) Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



Meskipun jejak itu telah dibukukan dalam bentuk cetakan pada 2015, edisi digital Jejak Warisan Geylang Serai itu bertujuan menggalak warga emas untuk lebih mendakapi teknologi.



Mereka boleh melakukannya dengan menggunakan ciri-ciri yang disediakan seperti mengimbas kod QR dan menggunakan laman tersebut untuk membantu mereka mencari arah perjalanan berbanding menggunakan peta fizikal.



Ia juga mempunyai ciri-ciri menghitung langkah pengguna menerusi aplikasi Healthy365.



Pengguna turut digalak mengambil gambar bersama rakan atau keluarga dan memuat naik ke wadah media sosial.



Jejak itu meliputi kawasan yang besar dari Lorong 22 Geylang hingga ke kawasan timur Eunos Crescent dan Joo Chiat Road.



Pengembara boleh memilih daripada tiga jejak berlainan, selain mereka boleh meneroka bangunan bersejarah dan tempat makanan.



Bangunan-bangunan itu juga dilengkapi dengan notis keterangan dan penjelasan bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya.



Misalnya pengembara boleh meneroka tempat seperti Balai Bomba Geylang, Masjid Khalid dan tempat makan seperti Rochor Beancurd House.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >