Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dakap perubahan bagi teruskan warisan ‘kedai mamak’

Jul 02, 2023 | 05:30 AM



Setelah lebih tiga dekad bertapak di kawasan yang sama, nama kedai runcit HJ Mart memang tidak asing lagi di kalangan penduduk di sekitar Bishan Street 11.

Kedai ‘mamak’ yang sebelum ini dikenali sebagai Bishan Habib Store di Blok 150A ini telah menjalani pelbagai perubahan bagi menyuntik kesegaran.

Selain menukar namanya, kedai runcit yang kini dikendalikan pemilik generasi kedua, Encik Mohamed Ismail, juga telah berpindah ke unit lain tetapi di blok yang sama, beberapa kali.

“Dulu ketika arwah bapa saya memulakan perniagaan ini pada 1987, kami hanya menyewa satu unit kecil.

“Kami bermula dengan menjual suratkhabar, majalah, air serta makanan ringan – barang yang anda sering lihat dijual di kedai ‘mamak’ biasa.

“Selepas menyaksikan perniagaan ini semakin rancak, beliau memutuskan untuk meluaskan lagi kedai ini dengan menyewa dua unit bersebelahan.

“Kami kemudian mula membawa masuk barang-barang keperluan asas rumah serta produk makanan lain.

“Bagaimanapun, kami terpaksa berpindah ke unit lain disebabkan harga sewa yang semakin meningkat,” kata Encik Ismail, 55 tahun.

Menurut beliau, keputusan yang diambil untuk berpindah ke unit yang lebih murah merupakan antara langkah bagi memastikan perniagaan yang menjadi warisan keluarganya dapat terus bertahan.

Namun Encik Ismail, yang telah mengambil alih kedai runcit tersebut dari bapanya hampir 16 tahun yang lalu, akur bahawa ia bukanlah suatu perkara yang mudah.

Peredaran masa merupakan antara faktor terbesar yang telah banyak menjejas perniagaan beliau.

Encik Ismail berkongsi bahawa beliau kini berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan tenaga kerja, yang dapat membantu beliau mengendalikan HJ Mart.

Ini kerana ramai pekerja setempat yang melihat bekerja di kedai ‘mamak’ tidak begitu menarik, kata beliau.

Pada masa yang sama, bilangan pelanggan yang semakin berkurang juga telah menjejas pendapatannya.

“Kalau hendak dibandingkan dengan 10 tahun lalu, jualan barangan di kedai kami merosot hampir 70 peratus.

“Tidak ramai pelanggan muda singgah ke kedai kami lagi. Ramai pelanggan tetap kami terdiri daripada penduduk di kawasan ini yang berusia antara 50-an atau 60-an tahun,” kata beliau.

Bagi menangani cabaran itu, Encik Ismail mencuba mengembangkan lagi perniagaannya ke ruang dalam talian.

Beliau menyenaraikan kedainya dalam aplikasi penghantaran Grab, yang membolehkan pengguna memesan barangan yang boleh didapati di kedainya melalui Grab Mart.

Selepas menyediakan pesanan, ia kemudian dihantar kepada pelanggan.

“Ramai pelanggan masa kini lebih bergantung kepada teknologi ini kerana ia memudahkan kehidupan mereka. Jadi sebagai perniagaan kecil, ia adalah peluang untuk kami menjangkau lebih ramai pelanggan.

“Namun, sejujurnya, bilangan pelanggan yang memesan menerusi aplikasi sebegini tidaklah begitu banyak. Biasanya kami akan mendapat satu atau dua pesanan setiap hari, kadangkala tiada langsung,” tambah beliau.

Meskipun begitu, beliau berharap warisan kedai ‘mamak’ ini tidak akan luput dek ditelan masa.

“Terdapat banyak sejarah dan ia telah menjadi sebahagian daripada warisan Singapura.

“Saya berharap dengan lebih banyak sokongan daripada pemerintah, perniagaan kecil seperti kami dapat terus bertahan,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >